terima kasih buat kalian semua..

Friday, August 13, 2010

Kenapa masih ramai orang cina yang tidak boleh berbahasa Melayu??


Masalah sikap orang ramai khususnya masyarakat Cina merupakan cabaran utama pembanci melakukan tugas pembancian sepanjang gerakan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 setakat ini, kata Pesuruhjaya Banci dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Beliau berkata, terdapat antara mereka mengatakan tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris.

"Rungutan kebiasaannya datang dari masyarakat Cina yang mengatakan mereka hanya tahu berbahasa Mandarin.

"Itu tidak seharusnya terjadi kerana kita sebagai rakyat Malaysia, sebagai penduduk Malaysia sejak merdeka hampir 53 tahun, sudah pasti tahu untuk menggunakan salah satu bahasa itu," katanya.

Borang soal selidik yang mengandungi 51 soalan dengan empat bahagian dibuat dalam dua bahasa Melayu dan Inggeris.

Banci 2010 dijalankan dalam tiga fasa dan kini fasa terakhir yang sedang berlangsung bermula pada 7 Ogos hingga 22 Ogos ini.

Fasa I dan II telah pun dijalankan, masing-masing dari 6 Julai hingga 22 Julai dan 23 Julai hingga 6 Ogos lalu.

Wan Ramlah berkata, dalam Fasa I Banci 2010, 70 peratus daripada mereka yang tidak memberikan respons adalah masyarakat Cina.

"Kita bukan mahu bersikap perkauman dalam mendedahkan masalah ini. Perdana Menteri sendiri menyatakan Konsep 1Malaysia adalah untuk kebaikan semua kaum.

"Kalau kita mahu laksanakan konsep ini untuk semua, ia mesti ikut statistik berdasarkan kaum dan kumpulan etnik," katanya.

Wan Ramlah berkata, Jabatan Perangkaan terpaksa mendapatkan kerjasama media berbahasa Cina, petugas jabatan berbangsa Cina dan persatuan-persatuan mewakili masyarakat itu bagi memberi respons kepada pembanci.

"Malah, seperti apa yang berlaku di Johor, hampir setiap hari muka Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Johor, Tiew Chin Tong terpampang di surat khabar berbahasa Cina bagi memberi penerangan tentang pentingnya pembancian ini," katanya.

Wan Ramlah berkata, masyarakat Cina tidak boleh mengatakan mereka tidak memahami soalan yang disediakan kerana kebanyakan mereka tinggal di bandar dan mendapat akses kemudahan pendidikan. - Bernama

2 comments:

  1. Tuan Blog....
    Ini masalah utama kaum cina...Apakah mereka idak berasa MALU, 53 tahun menjadi warganegara tidak tahu berbahasa Melayu...Hey cina yg berkenaan sahaja,MALU la...Bangladesh, Iran, Pakistan, Myanmar, Vietnam yang tinggal 6 bulan disini pun sudah boleh berkomunikasi dlm bahasa Melayu.
    Bila pasal biasiswa berebut nak hak yg sama...itu nak sama, ini nak sama kerana hak perlembagaan konon. Bila isu bahasa cina dalam pendidikan terus kata itu hak perlembagaan....mana 1 malaysia. Apa pun Tahniah kepada Cina Indonesia dan Melayu Thailand yg boleh asimilasi nama dan bahasa Indonesia atau Siam...

    Fikir-fikirlah untuk kesejahteraan dan keamanan negara kita 100 tahun mendatang...

    Oleh
    Melayu Banjar

    ReplyDelete
  2. Bagi org yg mninggalkn komen di atas:
    Bukan semua orang Cina yang tak tahu berbahasa melayu,pls...jangan sengaja nak buat komen yang bukan-bukan..malah banyak orang Cina di Malaysia tahu berbahasa Cina, Melayu, Inggeris, Cantonese, Hokkien....begitu berharganya org Cina Msia di pentas dunia..siapa kata kita MALU....???!!! The first and second international languages are English and Mandarin!!

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...