terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, August 24, 2010

Kes Pengedar Perodua Main Belakang, Pengarah Urusan Perodua Perlu Lebih Kerap Turun Padang!!


APABILA membaca jawapan Encik Aminar Rashid Salleh, selaku Pengarah Urusan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd., saya tertanya-tanya sejauh mana kefahaman beliau mengenai isu ini.

Beliau masih lagi tidak tahu atau masih kabur tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam pembahagian kereta-kereta keluarannya kepada para pengedar dan cawangan-cawangannya sendiri.

Sebagai seorang bekas pengedar Perodua yang terpaksa menjual syarikat pengedar, jawapan Aminar Rashid kepada surat Pembeli Prihatin membuatkan saya berasa amat sedih, jawapan yang tidak benar sama sekali dari senario yang sedang berlaku.

Mungkin sebagai pengarah urusan yang baru, Aminar tidak mempunyai kesempatan bercakap dengan para pengedar yang tenat yang terdiri daripada kaum Melayu yang hampir menutup kedai.

Perodua sendiri yang mempunyai cawangan-cawangannya di seluruh negara memberikan kereta terawal hanya kepada segelintir pengedar anak emas Perodua.

Beliau patut turun padang menyiasat secara hands on dan jangan mendengar apa yang dilaporkan kepadanya. Buka dan selidik statistik yang ada.

Langkah yang paling baik di bulan Ramadan yang mulia ini, saya ingin menasihatkan Aminar Rashid turun padang seorang diri, dengar keluhan mereka dan rintihan mereka, jangan bawa pegawai-pegawai kanan yang telah mengatur segalanya untuk beliau.

Jangan beri jawapan PR seperti itu.

MOHD IQBAL SHAFIE

Bekas pengedar kecewa,

Anak jati Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...