terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, August 24, 2010

KTMB, Para Pemimpin.. jangan dok saja..Tolong prihatin penumpang anda!!!


PENUMPANG semakin bertambah tapi koc sama sahaja dan adakalanya semakin berkurangan disebabkan kerosakan.

Saya sedia maklum yang koc baru akan tiba pada 2012, tetapi apakah tindakan buat masa sekarang sehingga 2012.

Takkan tiada apa-apa inisiatif daripada pihak KTMB untuk mencari penyelesaian jangka pendek. Saya cadangkan banyakkan kekerapan pada waktu puncak dan jangan ada kelewatan.

Masa lain mungkin boleh dilewatkan, tapi jangan pada waktu puncak. Disebabkan kelewatan ini penumpang semakin bertambah dan menyebabkan keadaan para penumpang huru-hara sewaktu komuter tiba di platform.

Sediakan koc tambahan atau ganti koc yang rosak bagi menampung bilangan penumpang dan mengurangkan kesesakan.

Percepatkan baik pulih koc-koc yang rosak. Tolonglah prihatin kepada penumpang yang bersesak-sesak hingga tidak tahu lagi hendak diajukan ke mana lagi kemarahan ini.

Tolong rakamkan kesesakan penumpang pada waktu puncak dan siarkan di televisyen semoga semua orang akan nampak realiti kehidupan para penumpang setiap hari dan semoga dapat membuka mata para pemimpin.

Para pegawai KTMB jangan duduk sahaja dalam pejabat, turun padang dan cubalah cari penyelesaian.

Mohd. Rizal

Bangi

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...