terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, August 24, 2010

Lagi Pengedar Perodua Main Belakang, Jangan nafi, siasatlah sedalam-dalamnya!!!


SAYA berbuka puasa di rumah pak cik saya seorang pengedar kereta Perodua. Setelah selesai makan, pak cik menunjukkan saya naskah Utusan Malaysia mengenai pembeli prihatin Myvi yang menulis pengalamannya membeli kereta itu.

Pak cik tersenyum panjang, akhirnya ada pembeli yang bersusah payah menulis pengalamannya pembeli kereta keluaran Perodua.

Bertahun pak cik menceritakan pengalamannya kepada saya menjadi pengedar kereta Perodua. Malah sehingga hari ini beliau masih rugi, dengan amalan Perodua menganaktirikan sesetengah pengedarnya.

Pak cik dan saya bersetuju bahawa penulis tadi dengan teliti dan tepat menceritakan pengalamannya dan memang pernah dialami oleh banyak pembeli lagi.

Membeli kereta daripada pengedar dan akhirnya bersimpati dengan nasib pengedar tadi.

Tetapi ada juga yang mengamuk, ugut dan lain-lain. Kata pak cik tidak mengapalah sekurang-kurangnya pihak Perodua akan tahu ada pembeli sanggup bersusah payah menulis dan mendedahkan hal sebenar.

Namun saya menjadi hairan apabila jawapan daripada pihak Perodua yang menafikannya. Sepatutnya mereka siasatlah.

Menurut pak cik, pengarah urusan yang menjawab itu adalah orang baru dan mungkin terpaksa menjawabnya bagi pihak Perodua supaya ia tidak dituduh berat sebelah.

Walaupun baru, beliau memang mengetahui bahawa antara tugasnya adalah meneruskan dasar pihak syarikat induk Perodua supaya kereta-kereta diserahkan tanpa had masa menunggu kepada kedai-kedainya dan kepada pengedar-pengedar yang ditetapkan.

Mengapa beliau sanggup menjawab begitu sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hakikatnya perkara ini harus diperbetulkan dan bukan menjawab seolah-olah menafikannya.

Saya terpanggil untuk menulis secara singkat sahaja untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penulis Myvi prihatin.

Mariam Abdullah

Kuala Lumpur

1 comment:

  1. Betul tu... tp adalah lebih molek kalo kita membeli terus dari cawangan Perodua, maksudnya disini Perodua Sales Sdn Bhd. Para perunding jualannya dilatih terus oleh Perodua dan kadang2 ada jurujual pengedar yang hanya tau berjanji je tapi hampeh.... so sendiri mau ingatlah...

    SAIFFURRAHMAN, PJ

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...