terima kasih buat kalian semua..

Saturday, August 28, 2010

Macam Gampang!! Jalur lebar Celcom memang lembap!!!


TUJUAN saya menulis ini kerana ingin meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap mutu perkhidmatan jalur lebar Celcom.

Adakah kelajuan capaian Internet dikawal dan tidak seperti yang ditawarkan dalam pakej? Ini kerana capaian Internet saya kerap kali terganggu dan perlahan.

Apa gunanya saya ambil pakej laju (tinggi), tetapi sebenarnya tidak laju.

Untuk makluman saya mengambil pakej: C-Broadband Advance (Data Only) - RM98. Tujuan utama saya melanggan jalur lebar Celcom adalah untuk mempermudah dan menyegerakan semua urusan melalui Internet serta paling penting urusan berkaitan dengan perniagaan saya.

Saya sebagai pengguna sudah dua kali membuat aduan dan susulan melalui talian 1111 dan kepada pejabat cawangan Celcom di Seksyen 9, Shah Alam.

Kesan atau perubahan yang diberikan, tidaklah seperti yang diharapkan. Saya tidak tahu sama ada dipertingkatkan ataupun tidak. Pada saya sama sahaja.

Penggunaan pada sebelah malam, lebih-lebih lagi pada malam minggu terlalu perlahan dan ada kalanya tidak boleh online langsung.

Jika alasan yang diberikan talian sesak, saya memiliki akaun persendirian, bukannya berkongsi. Lagipun itu bukan masalah kami. Kami membayar perkhidmatan dan kelajuan capaian Internet yang ditawarkan. Sepatutnya sebagai pengendali, pihak Celcom telah dan lebih bersedia serta boleh menjangkakan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

PENGGUNA TERKILAN

Shah Alam, Selangor

3 comments:

  1. Memang tak pernah di beritahu macamana system broadband tu berfunansi.Itulah masaalahnya.Setahu saya sekiranya kawasan anda ramai yang melanggan celcom upamanya dan kelajuan 10MB akan di kongsi dengan beberapa pengguna(anda mungkin 1mb x 100pengguna) yang lain pada waktu yang sama yang juga di panggil waktu puncak.Mananya masa ni lembab gila.Cuba tengah malam orang lain dah tidur mesti ok.Inilah yang tidak diberitahu oleh mereka.Kelajuan yang anda langgani itu adalah kelajuan waktu bukan puncak ataupun waktu tu hanya 10 atau kurang pengguna online.

    ReplyDelete
  2. TAK HABIS2 DITIPU GOLONGAN KAPITALIS

    ReplyDelete
  3. ala bang... kalau rasa tak puas hati tukar ajer pada kompany perkhidmatan lain..kan banyak pilihan.. pembekal perkhidmatan lain ada...Tgk mane yg terBEST... lepas buleh la bandingkan mane yg terBEST..

    -adon77-

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...