terima kasih buat kalian semua..

Monday, August 9, 2010

Mahkamah memutuskan JPJ tiada bidang kuasa untuk menolak memperbaharui cukai jalan dlm saman ekor????


BARU-BARU ini dua kawan saya bercerita mengenai saman ekor. Mereka tidak pernah menerima sebarang surat saman seperti prosedur sebelum ini.

Mereka terkejut apabila gagal memperbaharui cukai jalan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dikatakan ada 10 saman ekor berjumlah hampir RM2,100 dan seorang lagi dikatakan ada lima saman ekor kira-kira RM850 yang perlu dibayar sekali gus jika mahu memperbaharui lesen.

Dalam keadaan sukar pada zaman harga barang serba naik ini, mereka terpaksa mengeringkan poket membayar saman kerana kenderaan perlu digunakan setiap hari ke tempat kerja.
Saya berharap pihak berkenaan iaitu polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi penjelasan adakah saman ekor sah dari segi undang-undang kerana pengguna tidak dimaklum secara rasmi melakukan suatu kesalahan sebaliknya seperti dipaksa mengaku bersalah dan membayar denda?

Merujuk kes seorang peguam menyaman JPJ di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu beberapa tahun lalu yang dilaporkan secara meluas melalui akhbar; mahkamah memutuskan JPJ tiada bidang kuasa untuk menolak memperbaharui cukai jalan kerana kegagalan membayar saman kesalahan trafik yang dikenakan oleh polis dan JPJ sendiri.

Didapati selepas itu JPJ tidak lagi menahan pembaharuan cukai jalan pesalah trafik, namun melaksanakan semula tidak lama selepas itu.

Ramai yang tidak memahami perundangan isu yang dibangkitkan ini serta tidak mempunyai kewangan selesa untuk melantik peguam bagi mencabarnya di mahkamah, melainkan membayar saman yang tidak pernah dilihat kerana keperluan hidup yang perlu diteruskan.
INSAN SIMPATI,
Jalan Klang Lama,
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...