terima kasih buat kalian semua..

Monday, August 9, 2010

Kita jadi Kuli: Pekerja asing rampas sumber rezeki penduduk kampung


SEJAK kebelakangan ini berlaku kebanjiran pendatang asing di Sabak Bernam seperti Kampung Batu 36, Batu 37, Batu 38, Kampung Sepintas, Bagan Terap serta Kampung Banting.

Kedatangan mereka menjejaskan mata pencarian penduduk kerana memonopoli kerja kebun, ladang, pembinaan rumah serta di tempat timbang sawit. Mereka menyewa rumah di sekitar kampung.

Ada yang bekerja secara sah dan kebanyakannya tanpa permit. Pekerja asing ini juga sanggup menerima upah murah menyebabkan pemilik kebun dan peniaga lebih suka menggunakan tenaga mereka.
Jika dulu orang Kampung Banting tidak perlu keluar jauh untuk bekerja tapi kini semuanya menjadi sukar.

Kedatangan mereka juga mengundang pelbagai gejala sosial dan jenayah.

Oleh itu, kami sangat mengharapkan tindakan oleh agensi penguatkuasaan bagi membendung kebanjiran pekerja asing ini yang banyak mendatangkan masalah kepada mata pencarian orang kampung serta masalah sosial.

Ia memburukkan nama baik kampung. Bantulah kami orang kampung yang serba kekurangan ini.
ABD HANIF ABD RAHMAN,
Sabak Bernam, Selangor

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...