terima kasih buat kalian semua..

Saturday, August 21, 2010

Pemain import patut dibenar beraksi semula dalam Liga M..baru la kaw!!


BEKAS Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar baru-baru ini memberi cadangan supaya FAM membenarkan pemain import kembali beraksi dalam Liga M pada musim depan.

Kata beliau, dengan kehadiran semula pemain import sudah pasti akan memeriahkan lagi suasana dan bakal menarik lebih ramai penonton ke stadium untuk menyaksikan perlawanan.

Tidaklah seperti sekarang di mana suasana dalam stadium agak lengang dan hambar.

Pengambilan pemain import juga dilihat akan menimbulkan satu suasana persaingan yang sengit dan sihat di kalangan pemain dan pasukan.

Cadangan beliau ini memang kena pada masanya dan sepatutnya mendapat sokongan daripada semua pihak. Pengkritik sukan tanah air, Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim baru-baru ini juga turut bersetuju dengan cadangan itu.

Katanya, alasan bahawa kehadiran pemain import akan menyekat peluang pemain tempatan dan seterusnya menjadi antara faktor kemerosotan prestasi pasukan kebangsaan di arena antarabangsa tidak dapat diterima.

Malah Prof Khoo menjelaskan ia akan membantu meningkatkan lagi mutu dan kualiti bola sepak tanah air lantaran persaingan sengit tadi.
Cuma apa yang perlu dilakukan oleh FAM ialah memastikan dan mengenakan peraturan yang ketat bagi memastikan pemain import yang bakal diambil nanti terdiri daripada kalangan pemain yang berkualiti saja dan bukan menjadikan Liga M sebagai tempat buangan.

Cadangan ini perlu dilaksanakan dengan segera kerana prestasi pasukan kebangsaan yang sekarang ini di bawah bimbingan jurulatih K Rajagopal sedang berada di landasan yang betul.

Kejayaan Malaysia menewaskan pasukan Olimpik Korea Selatan 1-0 baru-baru ini dan kedudukan di tangga 139 dunia menggambarkan kemampuan sebenar pasukan negara dan seolah-olah sudah kelihatan cahaya di hujung terowong.

TAUFIQ MUBARAK,
Rantau Panjang,
Kelantan

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...