terima kasih buat kalian semua..

Sunday, August 1, 2010

Pendapatan sehingga RM5,600 juga terima bantuan


Seramai 2.4 juta kumpulan isi rumah golongan sederhana yang berpendapatan tidak melebihi RM5,600 sebulan akan turut menikmati bantuan kerajaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Devamany S. Krishnasamy berkata, 76 peratus daripada golongan sederhana ini tinggal di kawasan bandar, mempunyai tahap pendidikan dan kelayakan lebih tinggi daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bekerja di peringkat profesional dan teknikal.

"Golongan ini akan dibantu dari segi penyediaan peluang peningkatan kapasiti seperti pendidikan dan latihan serta peluang perniagaan dan keusahawanan berasaskan merit dan keinginan mendorong diri untuk lebih maju.

"Tugas kerajaan di sini cuma untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi membantu mereka lebih maju dalam ekonomi yang semakin pesat berkembang," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rashid Ngah yang meminta dijelaskan ciri-ciri 2.4 juta kumpulan rakyat golongan sederhana yang ingin dibantu kerajaan serta jenis bantuan yang disalurkan pada sidang Dewan Negara hari ini.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...