terima kasih buat kalian semua..

Thursday, August 19, 2010

Pengedar Perodua Main Belakang!!


SEBAGAI seorang bekas pengamal undang-undang dan pernah bekerja dengan kerajaan yang terlibat dalam hal kepenggunaan saya amat terkilan dengan sikap amalan "double standard" yang diamalkan oleh pihak Perodua Sales antara para pengedar dalam pembahagian kereta-keretanya.

Baru-baru ini saya telah menempah sebuah MYVI dari sebuah kedai Perodua mengatakan saya hanya akan mendapat kenderaan yang saya tempah dalam masa dua bulan iaitu selepas Raya Puasa ini. Bagaimanapun dalam masa yang sama saya merayap-rayap ke kedai pengedar lain dan diberi jaminan boleh mendapatkannya dalam masa seminggu sahaja iaitu sebelum Hari Raya Puasa.

Saya memaklumkan bahawa saya telah menempah di tempat lain dan telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM500. Bukan sahaja jurujual itu menasihati saya malah orang yang berpangkat dalam bilik pameran itu memberitahu saya bahawa saya pasti boleh mendapat dalam masa seminggu.

Apa yang perlu saya buat ialah membatal tempahan di tempat awal tadi dan ambil semula wang saya. Jika sudah ada kelulusan pinjaman maklumkan sahaja nama bank dan mereka akan uruskan supaya surat kelulusan saya ditukar atas nama syarikat mereka.

Saya memang memerlukan MYVI berkenaan awal, iaitu sebelum Hari Raya untuk dihadiahkan kepada anak sulung saya. Saya gembira dan bergegas ke kedai pertama tadi untuk membuat pembatalan dan menuntut wang pendahuluan saya.

Setelah mendengar penjelasan bukan dari jurujual tetapi dari tuan punya kedai sendiri, saya bersimpati nasibnya.

''Minggu ini sahaja sudah empat pembatalan yang dituntut dari saya. Semata-mata kerana ada pengedar lain yang boleh memberikan kereta awal didahulukan dan kami terpaksa bersaing hebat dengan pengedar ini dan mereka diberikan atau dilambakkan kereta awal dan perkara ini telah lama terjadi tetapi sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi.

''Pihak Perodua sendiri seolah-olah hendak membunuh para pengedar tertentu dan memberikan kereta terlaris seperti MYVI terlebih awal kepada pengedar pilihannya dan ada juga para pengedar yang menjadi anak emas mereka diutamakan,'' dakwanya panjang lebar menceritakan kepada saya masalah para pengedar terutamanya yang selama ini tidak dapat pembelaan sewajarnya.

Saya menjadi amat kasihan kepadanya dan terus menyiasat lagi dan memang betul cakapnya, pengedar lain yang saya tinjau memaklumkan kepada saya perkara yang sama dan ada kedai anak emas Perodua berjanji bahawa mereka boleh menyerahkan kereta MYVI kepada saya dalam masa tiga hari sahaja dan ada sesetengahnya selepas pinjaman saya diluluskan.

Saya memohon pihak kerajaan meneliti penindasan sebegini terhadap usahawan tempatan di mana syarikat induk bersikap tidak adil dan berat sebelah dan ramai mendakwa mereka mengalami kerugian sejak bertahun lamanya.

Proton dikatakan ada masalah tetapi masalah dalaman Perodua lebih hebat lagi dan sikap membelakangkan setengah pengedar dan menganaktirikan sesetengah pengedarnya jauh lebih hebat dan tersembunyi.

Mungkin idea penggabungan dengan Proton langkah bijak supaya usahawan dilindungi dan mendapat pembelaan.

Pembeli MYVI Prihatin

Kuala Lumpur

1 comment:

  1. tuan,

    atau pun pengedar yg boleh bagi kereta dlm masa 1minggu sbb stok mereka lambat jual/habis? atau mungkin juga pengedar yg terpaksa janji sebulan sbb stok mereka dah abis, jadi kena tunggu sebulan baru boleh dapat stok semula. anda kena siasat lagi sebelum percaya terlalu awal.

    anda hanya dapat buat kesimpulan dgn melihat jumlah penjualan pengedar2 tersebut. atau mungkin yg saya tulis diataslah lebih benar heheheh

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...