terima kasih buat kalian semua..

Monday, August 23, 2010

Pengemis jalanan dapat kumpul sekurang2nya RM 9,000 sepanjang ramadhan..


Pengemis jalanan di ibu negara terutama di kawasan elit mampu mengutip sehingga RM300 sehari hanya berbekalkan kotak sebagai alas tempat duduk dan bekas kecil di hadapan mereka.

Di merata tempat, pengemis menyasarkan bazar Ramadan sebagai lubuk rezeki dengan pendapatan lebih lumayan berbanding hari biasa.

Sepanjang tinjauan selama tiga jam di bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini mendapati, kebanyakan pengemis ialah mereka yang kurang upaya walaupun secara luarannya kelihatan sihat

Lebih memeranjatkan mereka ialah warga asing yang tidak diketahui statusnya dan tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris.

Setiap lima orang yang melintasi pengemis itu akan menghulur sumbangan wang tunai dan ada juga yang memberi makanan. Tidak disangkal pilihan mengemis di bazar Ramadan berbaloi bagi mereka.

Kebanyakan orang ramai menghulurkan RM1 hingga RM10, tetapi tidak kurang juga yang menghulurkan RM50 menyebabkan pendapatan pengemis mencecah ratusan ringgit sehari.

Ketika ditanya kepada pengunjung yang memberi sumbangan, kebanyakan mengatakan demi keberkatan Ramadan dan simpati.
Kegiatan pengemis itu seolah-olah tidak dipedulikan pihak berkuasa dan mereka semakin bebas meminta sedekah di mana saja. Pihak berkuasa sentiasa memantau bazar Ramadan tetapi kehadiran pengemis tidak diendahkan.

Ada ketikanya pihak berkuasa sekadar menegur dan menghalau pengemis, tetapi mereka tetap berlegar di kawasan sama

1 comment:

  1. Salam Il hakim ..Menyeru semua Sukarelawan malaysia menyertai R.S.M (Remaja sukarelawan Malaysia) di Facebook Community Page.
    http://www.facebook.com/pages/Akar-Serumpon-RSM/164980373555346
    Sila tekan butang like dan tinggalkan komen anda mahupun suara hati dan luahan karya anda di wall kami ... Kami percaya kebebasan bersuara adalah sangat berharga.
    Akar Serumpon R.S.M adalah badan sukarelawan yang baru bertapak di malaysia dan sedang mencari ahli yang boleh menyumbang dari semua segi ..
    Kami hanya inginkan idea dan pandangan anda demi malaysia yang lebih aman.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...