terima kasih buat kalian semua..

Thursday, August 5, 2010

PERANGAI PEMANDU BAS AWAM


BARU-BARU ini saya naik bas awam dari Ampang ke Kuala Lumpur. Pemandu dan kelindannya anak-anak muda maka mereka memperdengarkan stesen radio kegemaran mereka dengan penyampai radio yang sentiasa bercakap pelbagai topik ‘sampah’ yang langsung tidak mendatangkan faedah, lepas itu diputar lagu-lagu melalak melolong.

Apa penumpang boleh lakukan? Beranikah mereka beritahu pemandu supaya perlahankan atau tutup terus kerana mereka hendak membaca buku, akhbar dan majalah. Kalau berbuat demikian silap-silap kena belasah ataupun dipaksa turun entah di mana. Pernah saya naik bas awam di mana pemandunya seorang India, maka dia pun buka lagu-lagu Tamil.

Inilah budaya Malaysia, di mana pemimpin-pemimpin kita yang tidak pernah naik bas langsung, tidak tahu menahu. Konon-kononnya kita hendak menggalakkan rakyat kita membaca tetapi suasana dalam bas dan tren tidak atasi dahulu.

BAKI AMINUDDIN

Ampang

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...