terima kasih buat kalian semua..

Sunday, August 15, 2010

Suara Hati Seorang Umno..


BETAPA agresifnya parti-parti pembangkang menyerang kerajaan tetapi di pihak parti Barisan Nasional terutamanya UMNO dan Pemuda UMNO hanya melihat tanpa sebarang tindak balas.

UMNO tidak pernah membuat ceramah seperti yang dibuat oleh Pas. Nampaknya orang UMNO tidak selesa mendengar ceramah di padang bola macam orang Pas atau orang PKR. Orang UMNO kalau nak dengar ceramah mesti di dalam dewan atau di hotel.

Kalau orang Pas buat ceramah, ada tabung bergerak, kalau UMNO nak buat ceramah, ketua UMNO kena sedia bas, sedia makan minum untuk angkut pergi dengar ceramah.

Pengalaman saya mendengar satu taklimat oleh orang UMNO. Naik bernanah telinga dengar ceramah oleh penceramah UMNO ini. Dia bukan nak terang atau serang balik apa yang puak Pas dan PKR serang UMNO, tapi dia asyik puji Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Macam mana nak tangkis tohmahan dan fitnah pembangkang? Banyak sangat pembodek dalam UMNO, nak jaga periuk nasi dan nak minta projek.

HALIM OSMAN

Kulim, Keda

1 comment:

  1. Masih Teringat Mase Aku Kecik2 Dulu,,,Bila Dengar Aje Pemimpin Masyarakat, YB, Menteri Ke Nak Datang Ke Kampung. Orang Kampung Suka Benar,Bagai Nak Rak Satu Kampung,Mcm Orang Nak Kawin,Macam Ada Aura..Sanggup Bawa Ayam, Beras Dll. Sama Jugak macam Seniman Dan Seniwati...Tapi Sekarang Dah Terbalek,,,Dah Tak Ade Aura Nye..Mane le Silap nye ye..Kita Fikir Lah Sama..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...