terima kasih buat kalian semua..

Sunday, August 1, 2010

Warga asing bermaharajalela di kawasan perumahan


RATA-RATA apabila ditanya, majoriti daripada pendatang asing amat berbesar hati jika ditawarkan kehidupan sebagai penduduk tetap di Malaysia. Mereka berlumba-lumba mencari rezeki untuk dibawa pulang ke negara mereka. Kedatangan mereka bukan sahaja membawa banyak rahmat, malahan membawa banyak musibah.

Di kawasan saya, Taman Seri Pelangi, Alor Gajah, Melaka, kebanyakan warga asing duduk menginap dan menjadikan kawasan perumahan kami seperti tempat mereka untuk bermaharajalela.

Apa yang lebih mendukacitakan, warga asing seolah-olah mendapat restu daripada pihak tertentu. Kami penduduk yang mendiami kawasan ini mulai rasa tidak selesa dengan kehadiran warga asing ini.

Mereka suka berjalan-jalan pada waktu malam sambil mata mereka melilau mencari rumah-rumah yang ada perempuan atau anak dara. Ada kes terpencil, di mana salah seorang daripada anak perempuan jiran saya dicabul. Apakah pihak berwajib hanya mampu memandang ini sebagai masalah kecil semata-mata?

Masalah diganggu oleh lelaki warga asing tidak akan berakhir selagi tiada tindakan diambil terhadap mereka. Kawasan perumahan kami juga tidak seindah dahulu, mereka dengan sewenang-wenangnya menyidai baju ikut suka hati, meludah dan buang najis merata-rata, malahan ada yang sanggup melapah kucing untuk menjadikan makanan mereka.

MOHD. FAROQ A. RAZAK

Alor Gajah, Melaka

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...