terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, September 8, 2010

CUEPACS perlu perjuang semua kumpulan sektor awam bukan menumpukan satu2 kumpulan saja..


TERLEBIH dulu, saya gembira apabila saranan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, supaya potongan RM1 dibuat kakitangan awam untuk membantu fakir miskin. Sesungguhnya niat sebegini harus dipanjangkan kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja, kerana pada kita RM1 tidaklah besar dibandingkan golongan fakir miskin.

Bagaimanapun, saya ingin mencadangkan kepada CUEPACS selaku kesatuan yang membela nasib kakitangan awam supaya memikirkan pula bagaimana hendak membela nasib kakitangan awam untuk semua kumpulan dan bukan hanya tertumpu pada kumpulan sokongan

Saya bukan menafikan keistimewaan atau keutamaan diperjuangkan untuk kumpulan sokongan. Tidak ada perancangan jangka panjang untuk kakitangan awam semua kumpulan

Sebagai contoh, kenapa CUEPACS tidak menyediakan dana untuk membantu kakitangan awam yang mengalami kejadian di luar dugaan ketika berkerja. Dana boleh dikutip daripada kakitangan kerajaan seperti potongan RM1 bagi setiap kakitangan kerajaan.

Seperti kakitangan swasta, mereka dilindungi PERKESO, manakala kakitangan awam terpaksa membeli insuran menggunakan wang gaji setiap bulan. Fikirkan jika kakitangan awam mengalami kemalangan ketika bekerja yang menyebabkan kematian atau lumpuh, kerajaan hanya menyediakan ganjaran terbitan dan pencen terbitan yang amat minimum berdasarkan tempoh perkhidmatan (sila rujuk formula pengiraan di laman web JPA - http://www.jpapencen.gov.my/skim_formula_pengiraan.htm).

Sebenarnya dana ini bukan hanya untuk kakitangan kerajaan, tetapi juga boleh dipanjangkan kepada keluarga terdekat seperti isteri, suami, ibu, bapa dan anak.

Contohnya, bantuan kos pengajian untuk anak kakitangan awam, kos perubatan untuk penyakit kritikal dan tidak perlulah saya sebutkan kerana ahli CUEPACS sepatutnya lebih arif mengenai perkara ini. Selain itu, penyelarasan dan penggunaan dana perlu dilaksanakan dengan baik serta elakkan penyelewengan.
Saya mohon CUEPACS untuk meneliti setiap aspek kebajikan kakitangan awam kerana bonus atau duit ihsan kerajaan setiap tahun tidak bermakna tanpa perlindungan yang menyeluruh bagi kakitangan awam.

RAKYAT PRIHATIN,
Kuala Lumpur

1 comment:

  1. kakitangan awam akan jatuh miskin sertamerta bila tiba waktu pencen sebenar..........

    cuba bayangkan.....kalau gaji pokok seorang kakitangan awam sekitar RMi,800.00 sebulan dan sedikit elaun saraan.......ada laa sekitar RM2,000... bila tiba hari pencen.......dia hanya dapat RM900.00 sahaja dan elaun saraan sudah lenyap dek kerana pencen.........
    macamana nak hidup maaa???.......barang mahal.......

    pasai tu laa kita tengok negara tidak menyumbang langsung...setelah tenaganya diperah semaunya sekitar 30 tahun........apa yg dia dapat.......sedikit saguhati sahaja......

    nak keroja dah tak larat.....tak dak riang dahhh........
    kita tengok ramai pensioner beralih khemah politik....sebagai tanda protes secara senyap.......
    tak kan depa tak nampak kot????

    sumbangan mereka tidak lagi dihargai.......
    sebenaqnya orang pencen nie nilainya RM200.00 sahaja(dlm bentuk benda).......itu laa yg dia dpt dari jabatan tempat dia bekerja........

    lu pikiaq laa sendiri............

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...