terima kasih buat kalian semua..

Sunday, September 5, 2010

Ditipu Suami 'BARANG' dia tak naik!!

MUNGKIN sukar untuk anda percaya, tetapi masih terdapat ramai isteri yang percayakan suami mereka 100 peratus dan sayangkan suami melebihi sayangkan diri sendiri. Terima apa juga cerita suami, asalkan suami mengucapkan sayang.

Malangnya bila rahsia sudah terbongkar barulah terasa diri tertipu, akhirnya jiwa merana. Kini diri seumpama layang-layang putus tadi, hilang tempat bergantung. Demikian cerita puan Faridahanum ketika ditemui baru-baru ini, setelah beberapa kali beliau hubungi penulis untuk segera bertemu bagi meluahkan isi hatinya yang begitu menghiris jiwa, kerana dia tidak ada tempat mengadu.

''Saya tak sangka suami saya Fadil membohongi saya selama 22 tahun kami berkahwin. Kerana terlalu sayang saya percaya kalau dia pulang lewat atau tak pulang langsung kerana banyak kerja. Maklum kakitangan keselamatan beruniform yang menjaga keselamatan awam, dan bekerja tidak menentu masa.

''Tapi dalam pada sibuk saya sempat melahirkan empat orang anak, yang tua dah berusia 20 tahun dah masuk kolej, dan yang kecil dekat 10 tahun.

''Tetapi perubahan keadaannya begitu mendadak sejak 10 tahun lalu, ketika saya mengandung hinggalah kes ini terbongkar baru-baru ini, saya tidak pernah bersamanya alasan Fadil 'barang'nya tak boleh naik. Saya kasihankan dia dan saya percaya.

''Peliknya saya bukan saja tak boleh bersamanya, tidur dekat pun ditegah, takut penyakitnya melarat. Saya ikut saja takut memburukkan lagi kesihatannya.

''Kerana dirinya dah tak boleh 'pakai' saya jadi tambah kesian dan percayakan dia, jadi kalau dia keluar malam jumpa kawan dan tak balik rumah pun saya tak kisah.

''Kerana terlalu sayangkan suami, saya yang jalankan tanggungjawab uruskan keluarga, termasuk pakaian anak-anak, makan minum dan belanja sekolah. Semua jadi tanggung jawab saya. Kalau bagi dudit pun tak sampai RM200 sebulan.

''Saya pun selalu tak cukup duit, gaji saya bukan banyak, tetapi dia habiskan duit dengan kawan-kawan berjudi dan membeli ekor. Tapi dia tak boleh dinasihat lagi, itulah perangainya sejak muda. Kerana judi juga dia tak pernah ingat masa depan, usah kata simpanan, nak beli rumah pun tak pernah termasuk dalam fikirannya.

Bahang

''Akhirnya sampailah masanya dia bersara. Waktu itu baru terasa bahangnya, rumah tak ada, surat perintah keluar dari kuarters kerajaan sudah beberapa kali diterima, tapi Fadil terus mendiamkan diri setiap kali saya tanya ke mana kita nak pindah?

''Akhirnya kerana malu, setelah lebih setahun masih belum keluar kuarters lagi, maka saya berusaha mencari apartmen biarlah kecil asalkan ada tempat berteduh. Nak cari rumah teres di KL mana nak mampu.

''Dengan usaha sendiri saya keluarkan duit KWSP dapatlah saya sebuah rumah yang saya mampu bayar ansuran bulanannya. Semua saya buat sendiri Fadil lepas tangan.

''Malangnya semua saya usahakan, tetapi dia dalam diam buat hal lain. Baru-baru ini saya dapat panggilan telefon dari kakak Fadil, dia tanya mengapa saya tak pergi melihat Fadil nazak di ICU hospital. Terkejut besar saya kerana saya tak tahu dia sakit, dua hari tak balik.

''Sampai hospital baru terbongkar rahsia dia jatuh langsung dapat strok di rumah perempuan itu, saya tak tahu simpanan atau isterinya. Saya menangis sepuas hati, kerana saya tak sangka ditipu seteruk ini hingga dapat seorang anak.

''Bila dah sedar dia merintih minta diampunkan. Saya boleh ampunkan tapi kenapa dia tipu saya, katanya, dia orang lelaki tentulah ada egonya, ikut suka dialah. Sakitnya hati, sudahlah buat dosa, masih tergamak marahkan saya lagi.

''Peristiwa ini benar-benar membuat saya insaf, selama ini sayang saya padanya sia-sia. Kerana dia lebih cintakan perempuan lain. Walaupun dia tak mengaku itu anaknya dan sudah berkahwin, tetapi mengapa dia tinggal di rumah perempuan tersebut selama lebih 10 tahun. Kalau dengan saya dia kata 'barangnya' tak boleh pakai, mengapa dengan wanita itu boleh dapat anak? .

''Bila mengingatkan ini sia-sia pengorbanan saya selama ini, terasa diri ditipu untuk kesenanngannya dengan perempuan Indonesia itu. Bukan sekali saya ditipu dah banyak kali. Dulu kami ada kereta terpakai jenis proton. Tapi kena tarik sebab Fadil tak bayar ansuran. Saya terpaksa ambil balik dan dikenakan bayaran RM14,000.

''Kerana waktu itu saya ada RM40,000 duit pemberian Fadil waktu bersara. Tapi bila ditolak berapa yang tinggal.

''Kalau dia tipu saya jual kereta masih boleh saya maafkan, walaupun hati terasa amat sakit, tetapi bila dia ada perempuan lain dan menipu saya dengan tidak memberi saya nafkah batin bertahun-tahun, saya rasa sukar untuk maafkan dia sekarang.

''Kini sudahlah saya terpaksa tanggung dia kerana sakitnya, sedangkan duit pencennya satu sen saya tak dapat kerana dia dakwa kad bank untuk pencennya sudah diambil oleh Ah long untuk menjelaskan hutangnya. Bolehkan saya percaya?

Saya pasti pembaca dapat memahami penderitaan Faridahanum. Bersempena hari yang mulia ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada para pembaca sekelian

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...