terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, September 28, 2010

Dua jururawat jaga 40 pesakit di hospital kerajaan..


PADA Ramadan lalu, bapa saya dimasukkan ke Wad 9 Hospital Bukit Mertajam. Apa yang menjadi kemusykilan, Wad 9 yang sesak dengan pesakit pada waktu pagi hanya diawasi empat jururawat terlatih.

Lebih menyedihkan pada syif malam hanya dua jururawat ditugaskan.

Cuba bayangkan hanya sebilangan kecil jururawat bertugas menjaga 40 pesakit. Kasihan saya melihat jururawat bertungkus-lumus menjaga pesakit. Jangan dimarahi jururawat itu jika mereka tidak dapat memberikan senyuman ketika bertugas.

Pengurusan hospital patut lebih peka dengan nasib kakitangan bawahan.
Syabas kepada jururawat di Wad 9 yang sentiasa bertungkus-lumus memberikan khidmat terbaik kepada pesakit walaupun kepenatan.

PRIHATIN,
Pulau Pinang

4 comments:

  1. Betul sekali tuan.... saya pernah melihat suasana itu ketika menunggu arwah ayah saya di hospital.
    Waktu pagi memang ramai jururawat tetapi mereka hanyalah jururawat pelatih...

    ReplyDelete
  2. setuju dgn artikel diats, kadg ada yang tertido ats kerusi sebb melayan kerenah pesakit. jgn marah jururawat kalo mereka tak terlayan suma pesakit. mereka pun insan biasa

    ReplyDelete
  3. sgt setuju dgn artikel ini..senyuman pesakit yg kembali sembuh adalah yg penting bg kami berbanding dgn senyuman kami..beban jururawat ni hanya jururawat yg tahu betapa beratnye..tp hanya allah sj yg dpt membalas niat murni kami...

    ReplyDelete
  4. terima kasih kepada insan2 yg menghargai kami sebagai jururawat..kami insan biasa..masih ada salah dan silap walaupun polisi kkm telah diberikan..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...