terima kasih buat kalian semua..

Thursday, September 2, 2010

Gaya seksi di bazar Ramadan


RAMADAN ini cukup bererti buat Mat. Selain dapat menambah pahala dengan pelbagai amalan, sesungguhnya Allah menjadikan bulan ini penghulu segala bulan yang dipenuhi nikmat keberkatan.

Namun, masih ramai yang tidak menyedarinya. Mungkin juga mereka buta dalam terang, masih banyak kisah menjengkelkan dalam bulan mulia ini.


Ketika Mat berbuka dengan Ismail Sasa di restoran agak terkenal seperti biasa Ismail Sasa menceritakan kisah menarik sepanjang seminggu lalu.


Paling menarik perhatian Mat ialah cerita mengenai Pak Aji (jiran Ismail Sasa). Menurut Ismail Sasa, tiap-tiap hari Pak Aji cukup suka membeli juadah berbuka di bazar Ramadan berhampiran rumahnya. Mulanya, biasa saja tapi lama-kelamaan, sesuatu di luar jangkaan pula berlaku.


“Dah macam dia pula yang berniaga Mat. Seawal jam 5 petang dia dah menapak ke bazar berkenaan. Aku pun hairan juga bila anak Pak Aji menceritakan perkara itu.


“Jadi, kami pun cubalah siasat apa sebenarnya yang dicari orang tua tu. Selepas mengekorinya, barulah kami sedar apa yang menarik perhatian Pak Aji ni.


“Bukan makanan yang mencuri perhatian dia. Rupa-rupanya, anak dara seksi yang menyeksakan berniaga kat situ! “Skirt pendek, solekan dan baju sendat sampai terjojol aset minah tu rupanya yang dikejarkan orang tua gatal ini. Mana Pak Aji tak tergugat. Sepatutnya wanita dan gadis patut disedarkan. Tak boleh ke sopan sedikit?” katanya.


Gadis dan wanita ambillah iktibar, janganlah cemari kesucian Ramadan dengan berpakaian seksi begitu. Puasa bukan setakat tahan lapar dan dahaga tapi kena jaga tingkah laku juga.

MAT LAGA

1 comment:

  1. Yang berpakaian seksi tidak bertudung boleh le kata orang bukan-Muslim (kafir). Dia orang takde hal le sebab bagi dia orang takde halal-haram. Tetapi ada yang bertudung yang dikatakan Muslim memakai baju dan seluar yang ketat dan sendat seolah-olah rambut di kepala itu saja yang aurat. Yang lain itu tidak!!! Na'uzubillah!!!

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...