terima kasih buat kalian semua..

Thursday, September 23, 2010

Harga makanan di JB tidak masuk akal!!


SUDAH menjadi kebiasaan orang luar yang berkunjung ke Johor Bahru berasa terkejut dengan harga makanan yang didapati mahal dan tidak berpatutan.

Alasan yang biasa didengar adalah kerana faktor kedudukan Johor Bahru berjiran dengan Singapura menjadikan harga barangan dan keperluan hingga ke makanan, naik harga.

Sebagai penduduk daerah ini, saya sudah lama melihat alasan itu walaupun ada kebenaran tetapi dalam banyak keadaan dijadikan lesen untuk peniaga menaikkan harga makanan dan juadah di restoran dengan sesuka hati.

Ini kerana barangan basah, masih boleh dibeli dengan harga berpatutan di pasar-pasar tertentu manakala penjual dan peruncit juga menjual barang mengikut harga ditetapkan kerajaan. Sebahagian barangan adalah barang kawalan maka harganya terkawal tetapi bila juadah dijual ia dinaikkan terlalu tinggi.

Ego penjual makanan bertambah memuncak apabila beranggapan jika pembeli tempatan tidak mahu membeli, masih ada pembeli dari Singapura. Masalahnya adakah mereka mahu menjadi penjual kepada warga Singapura sahaja?

Ini selalu berlaku hingga kadang kala, harga makanan di Johor Bahru seperti tak masuk akal? Orang luar daerah ini mungkin hanya terdiam dan membayar sahaja bila 'disembelih' oleh peniaga makanan di daerah ini, tetapi orang Johor Bahru sendiri tahu ada di kalangan peniaga yang cuba mengaut keuntungan secara tidak jujur.

Banyak contoh boleh diberikan namun, dalam kesempatan singkat di sini, saya kisahkan mengenai sebuah warung di Terminal Bas Larkin di sini yang sanggup menjual roti canai dengan harga RM1 sekeping. Selain itu, suatu ketika saya menikmati juadah di terminal yang sama lalu mendapati seekor ikan keli masak kicap dan nasi kosong berharga RM4.

Sebenarnya saya meluat dengan kerakusan peniaga begini.

Sepatutnya mereka mengambil contoh kejayaan seorang peniaga makanan barat di Hutan Bandar di sini yang menjual juadah dengan harga murah tetapi tetap mendapat keuntungan dengan kebanjiran pelanggan.

Di Hutan Bandar, peniaga itu menjual Chicken Chop hanya dengan RM5 sepinggan. Sungguh murah dan saya perhatikan, berkat kemurahan peniaga itu, perniagaannya amat maju dan menjadi tumpuan para pelanggan. Beginilah cara berniaga yang betul. Tetapi malangnya, jumlah peniaga budiman begini tidak ramai di daerah ini.

KAKI MAKAN LUAR

Johor Bahru

1 comment:

  1. saya bersahur dekat danga bay JB. adake sahur buat buffet satu kepala rm 14. adake org nak makan sahur sampai rm14 seorang...tak masuk akal...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...