terima kasih buat kalian semua..

Friday, September 3, 2010

Isu Hak Kesamarataan: Mahukah Org Cina Beri Jawatan Utama di Sektor Swasta pada Orang Melayu???


SAYA amat bersetuju dengan gesaan Perkasa melalui Naib Presidennya, Dr. Zubir Harun, supaya dihapuskan diskriminasi dalam pengambilan pekerja di sektor swasta. Umpamanya di sektor perkilangan di Pulau Pinang ini, kaum Melayu dan India hendaklah diberi peluang sama rata untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.

Sekiranya MCA boleh meminta supaya ekuiti 30 peratus kuota bumiputera disemak, saya juga ingin menggesa supaya jawatan tinggi di kilang-kilang di negeri Pulau Pinang ini disemak.

Sebagai seorang yang selalu berurusan dengan kilang-kilang di Pulau Pinang ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa jawatan tinggi di hampir semua kilang-kilang di Pulau Pinang ini dikuasai oleh kaum Cina.

Semua orang Pulau Pinang tahu tentang ketidakseimbangan jawatan yang dipegang di setiap kilang berdasarkan kaum. Kaum Melayu dan India hanya layak menjadi operator pengeluaran sedangkan jawatan teknikal dan pengurusan hampir 95 peratus dikuasai oleh kaum Cina.

Kalau ada pun jawatan tinggi yang dipegang oleh kaum Melayu hanyalah sebagai Pengurus Perjawatan yang umpama harimau tiada taring.

Lawatilah kilang-kilang seperti Dell, Agilent, Spansion, Continental, Lumileds, Jabil, Western Digital dan mana-mana kilang besar sama ada di Bayan Lepas atau Prai. Anda hanya boleh mengira dengan jari sahaja berapa ramai orang Melayu dan India yang menjadi jurutera atau pengurus.

Tetapi apabila anda lawati bahagian pengeluaran, anda akan dapati hampir 95 peratus operator pengeluaran terdiri daripada kaum Melayu dan India.

Ketidakseimbangan ini telah lama berlaku sejak berpuluh tahun dahulu tetapi tiada pihak seperti MCA yang nampak. MCA hanya nampak dan meminta apa yang kaum Cina kurang, umpamanya dalam pemberian kontrak di sektor pembinaan. Namun buat-buat tak nampak di sektor yang mana kaum Cina memonopolinya.

Saya menggesa supaya diperbetulkan ketidakseimbangan ini dengan memberi peluang sama rata kepada kaum lain untuk menjawat jawatan tinggi di sektor perkilangan. Kalau nak dikatakan kaum Melayu atau India tidak layak, saya kurang bersetuju kerana melalui pengalaman berurusan dengan kaum Cina di sektor perkilangan ini saya yakin kaum Melayu atau India mampu menandingi mereka sekiranya diberi peluang.

Akhir kata untuk MCA, terutama kepada Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek, jangan hanya pandai meminta kerana kaum lain pun juga boleh meminta. Ingatlah walau pun kaum Melayu berpecah tidak bermakna kesabaran kami tiada hadnya.

MOZAG

Pulau Pinang

5 comments:

  1. Nak kongsi sama..kita tahu private sektor mmg didominasi oleh orng Cina..kalau kita lihat di laman web enjin pencarian pekerjaan...kebanyakan spesifikasi keperluan kerja yang di mahukan oleh syarikat yang dimiliki oleh boss Cina ini adalah mengkehendaki pekerja yang tahu berbahasa cina..kat sini nilai BM dah menurun..malangnya takda pun undang2 yang mengawal dan membela BM sbagai bahasa yg mempunyai nilai ekonomi.Malangnya lagi semua parti yang didominasi orng Melayu sebagai ahli parlimen dalam parlimen pun tak penah menyuarakan mengenai perkara ini..sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. SAYA PUN BERSETUJU DENGAN KAMU.DIHARAP PEHAK PEMERINTAH MEMAHAMI KEADAAN INI,JANGAN KITA MAHU MEMINTA APA YANG TANPA MAHU MEMBERI APA YANG LEBIH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x faham apa yg apa cakap??

      Delete
  3. boleh ajer

    namun ada syaratnya
    1)tak boleh mengumpat
    2)tak boleh mengampu
    3)masuk kerja 10 minit awal
    4)tak boleh puak puak
    5)kawan dengan semua
    6)tak boleh sibuk hal peribadi orang

    boleh ker melayu buat?

    ReplyDelete
  4. Dukun Melayu ketinggalan Zaman...
    Sifat itu ada pada semua manusia....Kaum melayu ada kumpulan aktif-pasif, rajin-malas...Dukun...dah ramai la profesional melayu yang berjaya makan gaji 10-50k sebulan. Untuk mengisi jawatan tu mestilah profesional melayu aktif, rajin....yg ada sifat kat atas tu melayu group taik kucing...yg ini tolak tepi la....Jangan jadi jenis orang yg bila tengok melayu pandu BMW, Merc, Audi dll terus tuduh Rasuah lah, salah guna kuasa lah...Kena selidik dulu apa merit dia....Jgn dengki.

    MBA

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...