terima kasih buat kalian semua..

Sunday, September 26, 2010

Kadar fidyah tinggal puasa berganda jika tertangguh..


IBU saya terlantar sakit pada Ramadan lalu. Bagaimanakah cara untuk menggantikan puasa yang tidak ditunaikan? Ada juga yang tidak dapat mengingati tahun dan bilangan hari puasa yang ditinggalkan, apakah perlu digandakan? Minta pencerahan hukum juga bagi yang mampu menggantikan puasa tertinggal. Terima kasih.

Zainab
Kuala Lumpur.


Jawapan:

Fidyah adalah bayaran denda dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasa Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Ramadan berikutnya. Hukum membayar fidyah adalah wajib.
Membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu mengqada puasa kerana puasa tetap wajib diganti mengikut bilangan hari ditinggalkan. Jika bilangan hari itu sudah melangkau tahun, maka kadar fidyah bagi hari yang ditinggalkan itu akan digandakan jumlahnya.

Allah berfirman bermaksud: “Dan wajib atas mereka yang tidak terdaya untuk berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu dengan memberi makan fakir miskin dan sesiapa yang sukarela memberi kebajikan (bersedekah dan sebagainya) lebih dari yang ditentukan, maka itu adalah suatu kebaikan baginya.” (Surah al-Baqarah: 184).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Bagi lelaki ataupun perempuan yang sudah tua dan bagi orang yang tidak mampu berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan setiap hari seorang miskin (mengikut jumlah hari puasa yang ditinggalkannya).” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Bagi mereka yang tidak pasti berapa hari ditinggalkan puasanya kerana terlalu lama masa berlalu, maka hendaklah membuat andaian dan mengambil hari terbanyak.

Contohnya jika 11 tahun, kenalah didarabkan 10 tahun yang berulang tadi. Jadi, bererti anda dikenakan membayar fidyah sebanyak 3,600 cupak makanan sebagai fidyah untuk dibahagikan kepada fakir miskin.

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak 1 cupak (1 mud) bersamaan 175 gram bagi setiap hari yang ditinggalkan. Kadar itu berubah mengikut harga ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras atau wang hendaklah diberi kepada fakir dan miskin.

Bagi yang meninggalkan puasa kerana uzur seperti ibu saudari, maka hendaklah dibayar fidyah dan mengqada puasanya jika termampu. Begitu juga bagi mereka yang mengandung kerana khuatir akan anak dalam kandungan.

p/s: boleh guna kalkulator fidyah bagi memudahkan anda..

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...