terima kasih buat kalian semua..

Saturday, September 11, 2010

Kerajaan rugi RM2b setahun..


Syarikat pengeluar rokok, British American Tobacco Malaysia Bhd. (BAT) menggesa kerajaan melaksanakan segera peningkatan duti eksais rokok secara berperingkat dan sederhana bagi mengelak peningkatan aktiviti penyeludupan dan pemasaran rokok haram.

Malah, kerajaan dijangka mengalami kerugian kira-kira RM2 bilion setahun berikutan kemasukan rokok haram yang tidak dikenakan duti.

Sebagai contoh, kajian BAT menunjukkan peningkatan duti eksais rokok sebanyak 20 peratus pada Ogos 2008 menunjukkan peningkatan penggunaan rokok haram sebanyak 12 mata asas manakala peningkatan sederhana yang dilakukan pada Oktober 2009 iaitu sebanyak lima peratus, menunjukkan peningkatan penggunaan rokok haram hanya 1.1 mata asas.

Pengarah Urusannya, William Toh berkata, Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi mengenakan duti eksais rokok dan harga rokok kedua tertinggi di ASEAN.

Katanya, negara jiran, Singapura sendiri sudah lama tidak meningkatkan duti eksais rokok iaitu selama lima tahun manakala Hong Kong selama tujuh tahun bagi membendung penyeludupan dan penggunaan rokok haram di negara masing-masing.

Jelas beliau, dagangan rokok haram di Malaysia turut didapati tertinggi di dunia menurut kajian Goldman Sachs Global.

Malah, katanya, peningkatan duti eksais rokok dan cukai-cukai lain juga tidak mengurangkan perokok dan penggunaannya di negara ini sebaliknya ia mengundang masalah yang lebih serius kepada negara.

''Perolehan negara juga dijangka menyusut berikutan pengguna memilih rokok haram yang tidak dikenakan duti dan cukai berbanding pengeluar rokok yang sah.

''Kami di BAT tidak rugi apa-apa sekiranya berlaku peningkatan duti eksais yang tinggi kerana peningkatan kos itu akan disalurkan kepada pengguna, sebaliknya pengguna akan memilih pilihan lain iaitu rokok haram,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat BAT di sini hari ini.

Hadir pada majlis ialah Pengarah Kewangan BAT, Stephen James Rush.

BAT ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1912 dan kini menguasai 60 peratus pasaran rokok tempatan.

Malah, BAT berada pada kedudukan 25 teratas dalam Bursa Malaysia daripada segi pasaran modal.

Secara purata, BAT mengeluarkan 9 bilion batang rokok setahun.

Jenama-jenama rokok utama yang dikeluarkan BAT adalah Dunhill, Kent, Pall Mall, Peter Stuyvesant dan Benson & Hedges.

Toh menambah, sekiranya orang ramai memilih untuk menggunakan rokok haram berbanding keluaran BAT dan dua pengeluar lain, ia dikhuatiri membahayakan kesihatan mereka.

Katanya, rokok yang dikeluarkan BAT mempunyai penapisan dan kawalan mutu yang baik untuk para pengguna berbanding rokok haram.

''Kami dapati jika pengeluaran rokok BAT sebanyak sembilan bilion batang setahun, maka, pengeluaran rokok haram juga dalam jumlah yang sama,'' ujarnya.

Jelas Toh lagi, penggunaan rokok di negara ini juga didapati meningkat sebanyak 1.5 peratus hingga dua peratus setahun yang menunjukkan permintaannya tetap tinggi walaupun kerajaan berusaha membendungnya melalui peningkatan duti eksais rokok.

Oleh AZMAN IBRAHIM

1 comment:

  1. F.A.M pon rugi bape bnyak sebab x bg jenama rokok sponsor liga m...skrng baru nk bincang balik nk bg dunhill taja pasukan di Liga M...
    sendiri mau ingat la

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...