terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, September 8, 2010

Nampak sangat Indon Mainkan Malaysia!! Kedutaan Malaysia diceroboh lagi


Penunjuk perasaan panjat pos pengawal selepas sehari rundingan KL-Jakarta

JAKARTA: Sejumlah penunjuk perasaan sekali lagi menceroboh dengan memanjat pintu pagar dan bangunan pos pengawal keselamatan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dalam satu demonstrasi, semalam

Berikutan itu, Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan polis Indonesia kerana perbuatan penunjuk perasaan itu tidak dihalang anggota polis yang mengawal di depan kedutaan itu

Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin, berkata penghantaran nota bantahan itu akan dibuat sesuai dengan pengakuan pihak berkuasa Indonesia untuk melindungi Kedutaan Besar Malaysia dan warga negara Malaysia yang berada di Indonesia.

Jaminan itu sekali lagi ditegaskan pada mesyuarat Menteri Luar Indonesia dan Malaysia di Kota Kinabalu, semalam.

Pada akhir mesyuarat itu semalam, Indonesia menegaskan bahawa ia akan melindungi kedutaan besar dan rakyat Malaysia di negara itu, begitu juga dengan Malaysia yang turut memberi jaminan untuk melindungi kedutaan besar dan warga Indonesia di Malaysia.

Dalam demonstrasi selama sejam mulai jam 11.40 pagi ini, 170 anggota kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) serta beberapa kumpulan lain dalam gerakan bersama ‘Ganyang Malaysia’, datang ke Kedutaan Besar Malaysia ketika hujan lebat.
Sejurus tiba, beberapa anggota kumpulan yang berpakaian seragam LMP terus memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan sambil mengibarkan bendera Indonesia.

Mereka turut merentangkan sepanduk bertulisan ‘Ganyang Malaysia’ di pintu pagar itu dan dalam pidatonya kumpulan itu meminta supaya Kerajaan Indonesia melancarkan perang terhadap Malaysia dan mereka sendiri bersedia turut serta bagi mempertahankan Indonesia.

Kumpulan itu juga cuba merentangkan bendera Merah Putih yang panjang di pintu pagar itu, namun dihalang polis Indonesia.

Pasukan polis yang datang awal menunggu penunjuk perasaan dengan beberapa kenderaan, termasuk sebuah gerabak kenderaan yang membawa tiga gulung kawat berduri, tetapi ia tidak direntangkan di depan kedutaan besar itu.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan anggota LMP memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos di Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Kali pertamanya pada 16 Ogos lalu dan dalam kejadian itu, selain menceroboh, mereka turut merosakkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia dengan menggunakan batang buluh serta mengotorkan plak itu dengan lumpur longkang.

Sebelum mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia hari ini, kumpulan itu berdemonstrasi di hadapan Kementerian Luar Negeri Indonesia di hadapan Istana Negara, iaitu pejabat dan kediaman rasmi Presiden Indonesia. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...