terima kasih buat kalian semua..

Saturday, September 4, 2010

Perlukah tazkirah di antara solat?


BEBERAPA surau di Shah Alam dalam bulan Ramadan ini begitu ghairah sekali mengadakan tazkirah hingga ada yang menjejaskan perjalanan solat tarawih.

Mereka ini seolah-olah lupa bahawa tarawih hanya datang sekali saja setahun manakala tazkirah boleh diadakan bila-bila pun.

Tidak semestinya diadakan hingga terpaksa membahagikan sembahyang tarawih.

Para jemaah tidak perlu diperlakukan demikian, maka itu tarawih tidak harus dijadikan sebagai satu alat mahu memaksa orang mendengar tazkirah.

Malangnya inilah yang terjadi misalnya di sebuah surau di Seksyen 7 dan beberapa surau lain di Shah Alam.

Pengurusan surau-surau itu begitu ghairah sekali mahu memaksa orang mendengar tazkirah yang diatur hingga gamak melakukan tarawih empat rakaat sahaja untuk memberi laluan kepada tazkirah dan setelah itu menyambung kembali untuk 16 rakaat selebihnya.

Walaupun usaha ini dilakukan, masih ada jemaah yang meninggalkan surau apabila tazkirah hendak dimulakan.

Tentunya mereka ini kecewa dengan perlakuan demikian hingga sanggup meninggalkan surau untuk menghabiskan sembahyang tarawih mereka sendirian di rumah saja.

Apa pentingnya sangat tazkirah hingga melakukan hal begini? Apakah tazkirah tidak boleh diadakan selepas selesai tarawih atau kalau hendak sangat selepas lapan rakaat supaya jemaah diberi peluang untuk melakukan sekurang-kurangnya lapan rakaat berjemaah sebagaimana yang dituntut.

Bukankah sepatutnya surau disemarakkan untuk sembahyang tarawih yang hanya boleh dilakukan dalam bulan Ramadan saja?

Kenapa perlu diperlakukan demikian hingga membuat sebahagian daripada jemaah meninggalkan surau tanpa menghabiskan sekurang-kurangnya lapan rakaat berjemaah?

Apa penting sangat tazkirah hingga mahu memaksa jemaah mendengarnya. Inilah yang perlu direnungi pengurusan surau-surau terbabit.

REJAL

Shah Alam

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...