terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, September 22, 2010

Peserta kursus perkahwinan pun tak solat...macamana nak berkat!!


Saya ingin memberi pandangan soal isu kursus perkahwinan yang saya ikuti baru-baru ini, insya Allah tahun depan saya diijabkabulkan.

Ada ura-ura saya dengar kursus perkahwinan akan ditambah panjangkan lagi masa kursusnya. Adakah jika dipanjangkan masa serta ditambah dengan isu-isu gejala sosial termasuk isu buang bayi akan menginsafkan mereka? Ini yang saya masih tertanya-tanya.

Di waktu saya mengikuti kursus perkahwinan, peserta lelaki yang mengikuti kursus perkahwinan anggaran saya seramai 20 orang, tidak termasuk dengan peserta wanita.

Masih saya ingat semasa waktu rehat dalam jam 1.00 hingga 2.00 petang, bila waktu makan ramai yang turun menjamu selera hingga penuh meja yang ada. Tapi bila di waktu solat Zuhur hanya 3 peserta sahaja yang menunaikan solat Zuhur, yang lain-lain masih bersantai mengisap rokok. Sehingga jam 2.00 petang, mereka terus masuk ke dalam dewan tanpa menunaikan solat Zuhur.

Adakah perubahan akan berlaku dalam diri setiap peserta jika solat Zuhur sendiri tidak ditunaikan sama sekali? Adakah jika ditambah tajuk isu-isu semasa serta waktu yang akan ditambahkan dapat menyelesaikan masalah ini?

Apa yang ada dalam cadangan saya adalah, agar pihak pengajar harus mendidik peserta bukan sahaja di dalam dewan. Malah di waktu solat juga harus diwajibkan pengajar turut serta ada bersama peserta.

Alangkah indah bila pengajar begitu hebat bersyarah di dalam dewan serta menjadi imam kepada peserta yang hadir di waktu solat fardu.

Rizal

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...