terima kasih buat kalian semua..

Saturday, September 4, 2010

Potongan cukai berjadual (PCB) tak munasabah!!


SAYA berumur 53 tahun dan seorang kakitangan swasta. Yang menjadi permasalahan saya ialah bermula pada tahun ini, saya dikenakan potongan cukai berjadual (PCB) yang hampir tidak masuk akal.

Bermula Januari hingga Ogos lalu, pendapatan kasar saya ialah RM41,800 dan gaji bersih selepas ditolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pinjaman bank, SOCSO adalah RM36,000

Bermula Januari hingga Ogos lalu juga jumlah potongan cukai saya sebanyak RM7,440.
Pada Jun lalu, saya dikenakan potongan sebanyak RM1,554. Pada Julai, pula saya dikenakan potongan RM1,712 dan pada Ogos (terbaru), pendapatan saya dicukai RM2,136.

Ini bermakna dengan pendapatan lebih kurang RM12,000, saya dikenakan cukai RM5,400.

Jumlah ini adalah berdasarkan gaji tiga bulan terbaru saya. Adakah jumlah ini munasabah?

Secara kasar gaji bulanan saya lingkungan RM40,000 jadi adakah munasabah separuh daripadanya pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)?
Bagaimana dengan ansuran rumah, kereta, bil-bil, kad kredit, makan, pakai dan komitmen lain?

Dengan hari raya yang bakal menjelang, saya dukacita kerana LHDN mengambil tindakan sedemikian tanpa memaklumkan sebab-musababnya.

Untuk pengetahuan, saya sudah pergi ke pejabat LHDN Seremban, tetapi tiada sebarang tindakan diambil dan aduan saya hanyalah seperti angin lalu.

Pada 2009, saya hanya dikenakan PCB berjumlah RM3,765 untuk kadar setahun, jadi apakah relevan keadaan yang saya hadapi sekarang?

Mohon pihak LHDN perjelaskan dan jalankan siasatan terhadap permasalahan saya. Untuk makluman nombor akaun LHDN saya ialah SG03784642060.

MD JOHAR KHALID,
Nilai, Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...