terima kasih buat kalian semua..

Saturday, September 4, 2010

Sebagai Negara Islam: Sediakanlah surau bergerak di pasar malam


BAGI mereka yang tidak biasa dengan tempat tersebut, atau yang baru berada di kawasan baru, mereka tidak tahu di mana hendak melaksanakan solat, nak tanya pun ramai yang tak tahu. Kecuali bagi mereka yang telah biasa dengan tempat/kawasan tersebut. Biasanya kalau ada pun tempat solat, tersorok.

Terima kasih kepada pihak lebuh raya yang menyediakan surau yang amat baik. Begitu juga dengan stesen minyak yang ada menyediakan tempat solat yang sempurna, syabas diucapkan.

Bagi kedai-kedai makan pula tidak semuanya ada tempat solat, kecuali di beberapa daerah di Indonesia, ada kedai makan ada tempat solat.

Kalau kita boleh menyediakan perpustakaan, balai polis dan tandas bergerak, kenapa tidak boleh disediakan surau bergerak? Sebab dalam Islam sembahyang itu wajib lima kali sehari. Kalau ada surau bergerak atau surau sementara ini akan sentiasa digunakan oleh orang Islam.

Kalau surau bergerak ini ditempatkan di pasar-pasar malam, di kawasan tumpuan orang ramai atau di mana-mana ada perhimpunan (termasuk di Jom Heboh), maka bagi peniaga-peniaga atau pengunjung-pengunjung berpeluang untuk menunaikan solat bila sampai waktunya. (Ada kalanya di kawasan tersebut memang ada surau atau masjid, tapi tidak tahu mana arahnya, tunjuk arah pun jarang yang ada).

Di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai, contohnya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, kalau kita baru pertama kali di sana, kalau hendak solat amat sukar ke mana hendak dituju.

Kalau ada surau sementara daripada kontena dan ada pula tunjuk arah adalah tidak menjadi masalah kepada orang Islam yang hendak menunaikan solat.

ADI

Klang

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...