terima kasih buat kalian semua..

Thursday, September 2, 2010

Untuk Para Gadis: Bersopan ketika Ramadan..Maria Ozawa Pun Pakai Kebaya


SEJUK hati Mat melihat gadis ayu berjalan dengan sopan dan memakai tudung menutup penuh aurat mereka. Bak kata orang, muka yang cantik tambah berseri-seri apabila setiap aurat dijaga rapi.

Namun dalam keseronokan mencuci mata, Mat terpandang seorang wanita. Gayanya cukup pelik. Ada ke patut dia mengenakan tudung dengan skirt pendek paras lutut?
Bukankah itu boleh dianggap biadap, lebih-lebih lagi tidak menghormati Ramadan!

Ikutkan hati Mat, mahu saja Mat tegur. Apa yang dia fikir sehingga tergamak berpakaian macam tu? Daripada rupa parasnya, Mat rasa dia orang Melayu. Tidak mungkin cara berpakaian begitu diamalkan golongan majoriti negara ini.

Hai, dunia-dunia. Tiba-tiba, berjalan pula di depan Mat sekumpulan gadis manis bertudung dan berbaju kurung. Cantik.

Namun bila Mat perhatikan, cara pemakaian tudung mereka tidak kemas sehingga menampakkan rambut depan.

Setahu Mat, gaya bertudung itu sering diamalkan artis tempatan kita yang bertaraf diva. Kini ia menjadi ikutan pula. Apalah salahnya jika dipakai tudung tu elok-elok?

Bagi Mat, jika ia dipakai begitu, lebih baik mereka tidak memakai langsung tudung itu kerana auratnya masih kelihatan.

Apalah salahnya jika kita mencari keberkatan Ramadan. Jika tidak mampu diteruskan, cukuplah untuk bulan mulia ini saja.

Mat tidak terniat mahu menjadi penceramah bebas di sini. Namun memandangkan masih ramai wanita di luar sana yang alpa, rasanya elok juga jika Mat mengingatkan.

Lagipun, tidak salah jika kita bermuhasabah diri pada bulan ini.

MAT LAGA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...