terima kasih buat kalian semua..

Friday, September 3, 2010

Wahai Rakyat Indonesia, Jangan Lupa Diri!!


PERBUATAN melempar najis manusia ke premis Kedutaan Malaysia dan membakar serta memijak Jalur Gemilang merupakan perbuatan orang tidak berpelajaran dan tidak berakal. Mereka yang mengupah para penunjuk perasaan tersebut tidak menggunakan akal yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Saya bersetuju dengan pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, rakyat Malaysia juga perlu menyuarakan protes terhadap perbuatan seperti itu. Namun ia perlu dilakukan secara berhemah. Kita harus ingat orang Melayu di Malaysia cara kehidupan hariannya penuh beradab dan bersopan dan jangan kita mengikuti perbuatan para anggota Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera).

Para penunjuk perasaan tersebut tidak berterima kasih kepada Malaysia yang telah membenarkan ribuan rakyat Indonesia tinggal dan bekerja di Malaysia.

Mereka juga lupa bahawa ramai rakyat Indonesia yang masuk secara haram tetapi tidak menerima hukuman berat seperti sebatan dengan rotan.

Mengapa tidak rakyat Indonesia mencuba memasuki negara jiran Singapura secara haram? Sudah tentu mereka ini akan menerima hukuman penjara dan sebatan. Mereka lupa ramai rakyat Indonesia yang masuk ke Malaysia melakukan jenayah yang telah menimbulkan masalah sosial.

Saya menyeru kepada para anggota Bendera agar mengadakan demonstrasi besar-besaran mendesak kerajaan mereka (Indonesia) agar mengadakan pekerjaan bagi ribuan rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Jangan membiarkan rakyat Indonesia mencari makan di negara orang. Mereka juga harus menyeru rakyat Indonesia yang berada di Malaysia jangan melakukan jenayah kerana perbuatan mereka akan memalukan negara mereka dan Bendera Sang Saka Merah Putih.

MOHAMED MANSOR ABDUL RAHMAN

Pengerusi Malaysia Watch Group

Kuala Lumpur

2 comments:

  1. Wahai TKI
    Masuk lah Malaysia secara Sah.. Kalau secara haram kalau berani ke singapura la. Malaysia menghukum dikata kejam....singapura menghukum dikata melanggar imigrasi....Pigirah sama BENDERA.....telompat-lompat di siang ramadhan macam beruk ekor merah....duduk mesjid beribadat lg bagus,,,,kerja lagi bagus.....entah posa entah tidak...tekinja-kinja depan kedutaan..

    Utuh Parit Buntar

    ReplyDelete
  2. saya suka artikel anda

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...