terima kasih buat kalian semua..

Friday, October 8, 2010

8 perkara yang membuatkan orang berbulu dengan komuter..


SAYA ingin mendapat penjelasan daripada pihak berkaitan mengenai perkhidmatan tren komuter yang bagi saya ia adalah perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna atau penumpang yang ingin ke sesuatu destinasi yang dituju dengan keadaan selesa, cepat dan berpuas hati dengan tambang yang dibayar. Bagi saya perkhidmatan komuter ini masih lagi kurang memuaskan antaranya ialah:

1) Waktu tren sampai seperti yang tidak tepat pengumuman
2) Waktu yang tidak tepat ketibaan tren ke sesuatu destinasi melalui waktu digital yang ada pada setiap stesen;
3) Adakalanya waktu digital yang terdapat di destinasi tidak berfungsi dan menyukarkan pengguna yang ingin mengetahui waktu tren ber tren dan sampai;
4) Kekerapan waktu tiba tren selepas sesebuah tren berlepas agak lama menyebabkan pengguna lama menunggu;

5) Jumlah gerabak bagi sesebuah tren tidak mencukupi bagi menampung pengguna pada waktu puncak serta Sabtu dan Ahad;

6) Koc wanita yang dipraktikkan bagi saya tiada gunanya. Adakah tujuannya untuk 100 peratus memenuhi penumpang wanita di dalam gerabak berkenaan? Masih ada penumpang wanita ke gerabak yang lain yang sudah pastinya penuh dengan penumpang lain. Jadi dari segi menjamin keselamatan wanita tiada gunanya jika bersama-sama penumpang lelaki lain di dalam sesuatu gerabak;
7) Pendingin udara yang pada sesuatu masa tidak berfungsi dalam sesebuah gerabak. Masalah ini kerap berlaku apabila penumpang terlalu padat dalam sesebuah gerabak. Pernah terjadi beberapa penumpang pengsan dalam gerabak memandangkan pengaliran udara tidak berfungsi dengan baik; dan

8) Ada beberapa kali pemandu tidak membuat pengumuman apabila tiba di sesuatu stesen dan adakalanya kurang jelas. Masalah bagi penumpang ialah apabila waktu malam. Keadaan di setiap stesen yang terang akan tetapi penumpang tidak nampak dengan jelas nama stesen kerana ada papan tanda tidak berfungsi.

SHAH,
Negeri Sembilan.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist / writer.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...