terima kasih buat kalian semua..

Friday, October 15, 2010

Apa yang JPJ, LPKP buat?


Tajuk berita 12 maut nahas lebuh raya di muka depan Utusan Malaysia begitu menyayat hati. Nampaknya bas ekspres sudah menjadi 'mesin pembunuh' di lebuh raya kerana setiap kali berlaku kejadian kemalangan di lebuh raya ia meragut banyak nyawa.

Daripada kenyataan saksi seperti penumpang bas dan orang ramai yang terlibat dalam kejadian tersebut, menunjukkan bas ekspres tersebut dipandu laju sehingga melambung ke arah lorong bertentangan. Ini tidak mungkin berlaku jika bas ekspres tidak dipandu laju.

Walaupun pemandu bas juga kehilangan nyawa dalam kejadian ini, beliau telah membawa kedukaan kepada mangsa dan keluarga mangsa yang lain.

Inilah yang patut menjadi perhatian pihak bertanggungjawab, baik pengurusan bas ekspres mahupun pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Pada akhir bulan Januari lalu Utusan Malaysia telah membuat laporan khas mengenai isu 'pemandu plesit' bas ekspres. Banyak cadangan telah diutarakan termasuk daripada saya sendiri. Adakah pihak LPKP mengambil cadangan tersebut atau memekakkan telinga sahaja?

Bas ekspres yang tidak mematuhi peraturan mestilah dibatalkan lesennya. Tidak harus ada kompromi dalam hal ini. Keselamatan penumpang mesti diutamakan.

ESA ADAM

Bandar Sunway, Selangor



* The views expressed here are the personal opinion of the columnist / writer.

1 comment:

  1. salam Sdr.-ketentuan Allah tidak siapa boleh elak,satu kiamat kecil pada mereka.Saya ingin dan telah memberi pandangan saya kapada IGP beberapa tahun yang lalu supaya minta Parliment mengubal undang-undang membolehkan pihak berkuasa mengenakan kompoun berbayar (compound on the sport) kepada pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang lalu lintas.sekiranya gagal mereka menjelaskan masukkan dalam lokap yang berhampiran dan hubungi waris untuk menyelesaikan kompoun itu mengikut kadar yang ditentukan.kemungkinan dengan tindakan ini mungkin pelanggaran undang-undang lalu lintas akan kurang.sebab takut wang tidak cukup/lagi menyusahkan pihak lain?. ini satu cadangan,pengalaman saya berada dinegeri yang menggunakan kaedah ini sangat baik bagi pengguna jalan raya.harap dapat pertimbangan pihak berkuasa.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...