terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, October 19, 2010

Bahana sotong kangkung...Peniaga Padang Kota Lama cekik darah


PADA 17 September lalu saya bersama isteri dan dua anak pergi ke medan selera di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Selepas lama tidak makan di medan selera itu terasa rindu pula sebab sebulan berpuasa dan berhari raya. Sesampai saja kami di meja gerai laksa, kami diserbu oleh beberapa peniaga yang menawarkan makanan mereka

Saya meminta laksa dan isteri pula meminta sotong kangkong, selepas laksa sampai saya terus membayar harga makanan dan minum

Apabila sotong kangkong yang dipesan sampai berserta sotong bakar yang tidak dipesan, isteri saya bertanya berapa harganya, namun kata peniaga itu ‘makanlah dulu’.

Selepas selesai makan dan dikira harganya berjumlah RM32. Terkejut beruk isteri saya. Sotong kangkong yang lebih banyak kangkong dari sotong dan sotong bakar yang hanya antara tujuh dan lapan keping saja tetapi begitu mahal harganya.

Inilah dikatakan ‘kena sembelih’, selalunya harga antara RM8 ke RM12 saja. Kami bukan orang jauh cuma tinggal di Seberang Jaya, Pulau Pinang ini pun boleh terkena.

Saya berharap pihak berkuasa berkenaan datanglah ‘melawat’ peniaga di medan selera ini dan pada gerai yang tidak mempamerkan tanda harga, ambillah tindakan sepatutnya.
Apapun, kepada semua pengunjung sama ada orang tempatan atau luar, berhati-hatilah dan jangan malu bertanya harga makanan yang mahu di pesan. Jangan terkena sembelih seperti keluarga saya.

SENYUM TAWAR,
Pulau Pinang

p/s: gambar di atas sekadar hiasan
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist / writer.

1 comment:

  1. Salam, awat hang baghu tau ka? Laa....kami yang dok kat selangoq ni pon dah lama tau...pasai dah tekena dah....theee..theee...la ni nak habaq kat hampa, sotong kembang tu tak beghapa elok makan....tak caya cuba hampa amek getah ghendam dalam minyak gaeh...lagutu la depa ghendam sotong tu...guna minyak gaeh...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...