terima kasih buat kalian semua..

Sunday, October 10, 2010

Kesian...Sektor Industri: Gaji rakyat tempatan rendah..dibayar di bawah paras kemiskinan..


Gaji pekerja tempatan dalam sektor industri terlalu rendah berbanding taraf hidup sehinggakan ramai antara mereka berada di bawah tahap miskin tegar.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamad berkata, ekoran kadar gaji terlalu rendah itu menyebabkan rakyat tempatan tidak berminat bekerja dalam sektor perkilangan sehingga berlakunya lambakan pekerja asing.

“Tangga gaji bagi pekerja tempatan dalam sektor industri di daerah Batu Pahat antara RM468 hingga RM650 sebulan. Ia terlalu rendah dan perlu ada penilaian semula,” katanya pada Majlis Dialog Industri dekat sini, semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengarah JTK negeri, K. Sritharen; Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan Batu Pahat, Mohd. Noor Karno serta 50 majikan dalam pelbagai sektor di daerah ini.

Sheikh Yahya berkata, tangga gaji sebanyak RM468 yang ditawarkan kepada pekerja tempatan menunjukkan golongan tersebut berada di bawah paras miskin tegar, sedangkan mereka bekerja bagi industri besar dan membantu meningkatkan ekonomi negara.

Menurutnya, pekerja tempatan merupakan aset kepada industri di daerah ini kerana taraf ekonomi dan hidup rakyat di sini yang semakin meningkat.

Beliau berkata, jumlah gaji tersebut tidak berpatutan dengan kadar kenaikan harga barang pada masa ini.

“Begitu juga dengan pekerja tempatan dalam sektor perkhidmatan elektronik yang menerima gaji RM520. Pihak majikan dalam sektor ini juga perlu dinilai semula agar ia selaras dengan taraf ekonomi di daerah ini pada masa ini,” katanya.

Bagaimanapun, pekerja tempatan dalam sektor pembinaan di daerah ini mendapat gaji setimpal iaitu antara RM1,000 hingga RM1,050 sebulan, katanya.

Sheikh Yahya meminta majikan menyemak dan berbincang bagi mempertimbangkan kenaikan kadar gaji baru untuk pekerja tempatan supaya lebih ramai berminat bekerja dalam sektor industri.

Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID



* The views expressed here are the personal opinion of the columnist / writer.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...