terima kasih buat kalian semua..

Monday, October 18, 2010

Macamana nak memartabatkan Bahasa Melayu..laman web agensi kerajaan dan GLC pun guna B. Inggeris


SAYA amat tertarik dengan saranan Timbalan Perdana Menteri tentang usaha memartabatkan bahasa Melayu di sektor swasta terutamanya pada papan-papan iklan dan sebagainya. Memang hasrat beliau tersebut amat murni dan sepatutnya telah lama dulu dikuatkuasakan.

Cumanya saya amat musykil dengan tahap penggunaan bahasa Melayu di sektor kerajaan sendiri, terutama di laman-laman web agensi-agensi kerajaan yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai bahasa pengantar laman web mereka.

Cuba kita buka laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Petronas dan lain-lain lagi sebagai contoh yang agaknya merasakan mereka sudah terlalu global sifatnya dan tidak sesuai lagi menggunakan bahasa Melayu.

Sepatutnya laman-laman web jabatan/agensi kerajaan mestilah mengutamakan bahasa Melayu terlebih dahulu dengan pilihan dwibahasa dalam bahasa Inggeris bagi yang tidak memahami.

Ada juga yang menyediakan pilihan dwibahasa tetapi masih mengutamakan bahasa Inggeris sebagai pilihan pertama apabila web-web mereka dibuka.

Saya percaya banyak lagi laman-laman web agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang turut berkeadaan seperti ini.

Di manakah kedudukan dan martabat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Negara Malaysia dalam keadaan ini?

Bagaimanakah hendak memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu di sektor swasta jika agensi/badan kerajaan sendiri mengabaikannya.

Syed Ahmad

Damansara, Kuala Lumpur

p/s: contohi company Jepun, bukak je website mereka, bahasa rasminya bahasa Jepun, then baru ada option untuk other languages.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist / writer.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...