terima kasih buat kalian semua..

Monday, October 18, 2010

Sukarny nak mencari telefon awam.. kalau ada pun biasanya rosak..


SAYA ingin melahirkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan keadaan prasarana serta perkhidmatan yang disediakan di Stesen Bas Putrajaya Sentral. Setiap prasarana dan kemudahan awam haruslah lengkap serta berupaya memberikan perkhidmatan memuaskan kepada pengguna yang menggunakan kemudahan terbabit.

Berhubung perkara itu, ketika saya pulang dari tempat kerja, telefon bimbit saya kehabisan bateri. Tetapi di ruang platform menunggu bas langsung tidak kelihatan pondok telefon seperti yang biasa kita temui di tempat awam lain

Saya terpaksa mencari ke segenap penjuru stesen bas terbabit dan mujurlah saya menemui telefon awam berkenaan yang ditempatkan agak tersembunyi dari pandangan orang ramai. Ini amat menyulitkan

Sebelum saya menemui lokasi telefon itu ditempatkan saya ada bertanyakan kepada kaunter informasi, apa yang anehnya mereka tidak mengetahui lokasi telefon awam di tempatkan.

Lebih mengecewakan, apabila hendak menggunakan telefon itu saya terpaksa membeli kad prepaid i-talk walaupun saya hendak menggunakan telefon tidak sampai 10 minit. Kad prabayar yang dijual hanyalah dalam nilai RM5 dan RM10. Bukankah ini tidak praktikal?

Mengapakah Perbadanan Putrajaya tidak menyediakan saja telefon awam biasa? Keadaan ini amat menyusahkan dan saya berasa sungguh kesal dan kecewa.

YANG BERASA KESAL, Puchong

p/s: percaya atau tidak..saya pernah naik teksi di sebuah stesen LRT semata2 suruh driver tu bawak ke booth telefon yang terdekat..namun atas ihsan pemandu teksi yg baik hati itu, dia memberikan saya guna hp dia..cuma kesian dia kene masuk beratur balik dalam giliran menunggu penumpang..

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist / writer.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...