terima kasih buat kalian semua..

Sunday, October 10, 2010

Sunat rahsiakan status anak luar nikah..jangan dok pi heboh2 kat satu kampung..


Ibu berzina sudah taubat nasuha, zuriat tak sah taraf jangan dicaci

SAYA ingin meminta pandangan mengenai status anak luar nikah. Wajarkah status anak itu dirahsiakan daripada pihak lelaki atau bakal suami kerana bimbang ia boleh mendatangkan aib jika diketahui lelaki berkenaan? Sekiranya dirahsiakan dikhuatiri lambat laun pasangan akan tahu dan mendatangkan masalah. Apakah harus dilakukan? Adakah berterus terang cara terbaik atau patutkah mendiamkan diri dan merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan bakal suami.

Insan Dilema

Dalam Islam, tiada istilah anak lahir di luar nikah itu dengan anak haram. Jika ada yang mengatakan istilah itu ada, sila cari dalam kitab suci al-Quran atau hadis Rasulullah SAW yang menyebutnya demikian.
Sebenarnya, kedudukan anak ini sama saja dengan anak yang lain. Kemuliaan seseorang di sisi Allah SWT berdasarkan ketakwaannya. Ia juga bukan kerana soal keturunan atau asal usulnya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat-13 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa.”

Perlu diingat, anak ini tidak berdosa kerana yang berdosa adalah ibunya. Seharusnya, anak ini tidak turut berdosa hanya disebabkan dosa ibunya. Seperti firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 164: “Dan tidaklah menanggung dosa oleh seseorang akan dosa orang lain.”

Ibunya pula, jika ia sudah taubat dengan taubat nasuha, maka sucilah si ibu terbabit daripada dosanya dengan maghfirah (keampunan) daripada Allah SWT. Kita tidak boleh mencacinya, baik terhadap anak itu atau ibunya akibat kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila sudah berzina seorang hamba perempuan, maka nyatalah zinanya, maka hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina pula kali kedua, hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina kali ketiga, hendaklah dijualnya walaupun dengan (harga) tali dari bulu.”

Oleh itu, apabila kita mengetahui keadaan dan kedudukan asal usul seseorang yang kurang baik, sunat bagi kita sembunyikan perkara itu dan jangan dihebahkan baik yang berkepentingan atau pun kepada yang lainnya. Kecuali ketika mana ia berbuat mungkar, maka wajib diingkari. Wallahua’lam - BH

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist / writer.

2 comments:

  1. Pertama; Yong nak tanya: Kenapa pompuan saje yang kena? Ape jadi dengan bapak si anak luar nikah tu? Ape tindakan kerajaan?

    Kedua; Tentang rahsia, Yong setuju. Tapi kot dah lahir kat sekolah khas untuk ibu2 mengandung tanpa suami, maka bukan satu kampung tahu, satu dunia tahu. Jadi ibu-bapa yang tahu anak telah terlanjur, cepat kahwinkan anak dengan lelaki yang dah buat anak tu. Ibu remaja termengandung tak buat anak sorang2. Kot dia tak mahu, dakwa dia merogol. Jangan kata suka sama suka. Undang2 kita jelas tentang seks bawah umur. Ibu remaja termengandung tidak wajar dipisahkan dari rakan sebaya yang baik.

    Ketiga; Ibu-bapa yang anak termengandung wajar mendapat kaunseling untuk mengetahui option yang ade. 1. Cari si-jantan celaka, kahwinkan anak. Bimbing dan sokong mereka dari segi urusan rumahtangga kerana mereka masih sekolah. Jangan paksa budak jantan tu berenti sekolah demi tanggung anak; 2. Dakwa si-jantan celaka, biar dia masuk jel dan kena rotan. Tak payah kesian dengan masa depan si-jantan. Pandai buat pandai lah tanggung; dan 3. Tak payah buat ape2. Ikut Islam anak dah baligh. Same2 tanggung je pada hari kiamat nanti. Option ini akan menyebabkan anak buang bayi dan si-anak tak akan taubat.

    Masa Yong sekolah, ade seorang budak kampung yang telah melahirkan 3 orang anak luar nikah kerana ibu-bapa jahil. Ketiga2 anak diserah kepada orang lain. Ape jadi kalau anak2 itu bertemu masa dewasa dan jatuh cinta adik-beradik?

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...