terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, October 13, 2010

Utamakan keperluan perubatan rakyat..


Kami sudah nyatakan sebelum ini dan sekali lagi kami ingin nyatakan, memandangkan kerajaan tidak mempunyai rasional langsung untuk membenarkan profesion perubatan dan institusi mereka, sama ada klinik umum atau pakar atau pusat perubatan swasta untuk mengiklankan perkhidmatan mereka. Kami melihat tiada rasionalnya dalam kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 24 September bahawa liberalisasi garis panduan di bawah Akta Ubatan 1956 (Pengiklanan dan Penjualan) telah dilakukan “kerana pelancongan perubatan merupakan sektor yang semakin berkembang.” Semua ini kerana kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan bilangan “pelancong perubatan” sehingga 20 peratus daripada angka tahun lalu 336,000. Kenapa kerajaan tidak berunding dengan masyarakat awam sebelum meluluskan semakan semula Garis Panduan Pengiklanan bagi Perkhidmatan dan Kemudahan Penjagaan Kesihatan pada Julai lalu? Bolehkah kita mempercayai bahawa ahli profesion perubatan akan “berhati-hati dan bersikap profesional” apabila mengiklankan perkhidmatan mereka berikutan keputusan kerajaan untuk meliberalisasikan peruntukan di bawah undang-undang. Kami telah beberapa kali menimbulkan persoalan ini sebelum ini dan kami ingin menyatakannya sekali lagi kerana pihak berkuasa serta profesion perubatan telah memberikan maklum balas dengan jujur: Dengan beban pesakit dan perkhidmatan di kemudahan penjagaan kesihatan swasta yang semakin meningkat akibat daripada galakan agresif terhadap perkhidmatan, caj untuk rawatan akan meningkat. Ini bermakna sektor swasta juga akan meningkatkan keperluan bagi kakitangan perubatan dan akan menarik mereka daripada hospital kerajaan – yang mana kedudukan mereka tidak menyamai gaji yang ditawarkan. Perlu diingatkan bahawa selama bertahun-tahun, walaupun Kementerian Kesihatan berjanji untuk memastikan penguatkuasaan yang cekap untuk memastikan bahawa semua pihak “mematuhi etika garis panduan untuk pengiklanan yang ditetapkan” masih terdapat beberapa kejadian pengiklan melanggar undang-undang dan ini sebelum perkembangan terbaru! Hari ini, di Eropah dan Amerika Syarikat, ia tidak lagi “profesion perubatan”. Ia adalah “industri perubatan”, melibatkan hospital swasta, ubatan farmaseutikal dan pengeluar peralatan perubatan yang mengetuainya, mempengaruhi pihak berkuasa dan bebas mengiklankannya di dalam media elektronik dan cetak, malah di dalam Yellow Pages! Di Amerika Syarikat, Advanced Medical Technology Association (AMTA), yang mewakili pembuat peralatan perubatan, mengeluarkan garis panduan baru yang memerlukan ahlinya secara sukarela untuk menjadikan iklan lebih difahami oleh orang ramai. Mengatasi peraturan yang dikuatkuasakan oleh Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat, yang begitu dipengaruhi oleh Industri Farmaseutikal Amerika, AMTA mengharapkan bahawa “sokongan oleh golongan selebriti boleh diterima selagi iklannya adalah benar dan dengan jelas menyatakan bilakah aktor itu digunakan”. Tambahan kepada peraturan itu adalah “sukarela dan tidak dikuatkuasakan oleh FDA”. Lihatlah pengiklanan yang ditujukan kepada pengguna melalui televisyen atau Internet terhadap apa yang hospital yang lengkap dengan kemudahan di Amerika Syarikat boleh tawarkan: Adalah dianggarkan ia bernilai US$193 juta pada 2007, demikian menurut firma perunding, TNS Media Inteligence. Juga pertimbangkanlah apa yang dikatakan oleh Philip Parker dalam Journal of Marketing Research pada 1995: Kebanyakan bentuk pengiklanan bergantung kepada “maklumat asimetri”, ideanya ialah pihak yang melakukan pemasaran mengetahui lebih banyak mengenai produk dan bagaimana untuk menjualnya berbanding pengguna. Maklumat asimetri menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi untuk pengiklan. Mereka mengetahui lebih banyak, dan pengguna kurang mengetahuinya. Apabila produknya adalah gula-gula getah, ketidakseimbangannya tidaklah menjadi perkara besar tetapi dengan sesuatu yang amat penting seperti penjagaan kesihatan – di mana peluang bagi maklumat asimetri berlaku menjadi lebih besar – semua masalah akan timbul! Pengiklanan mengupayakan hanya profesion perubatan dan syarikat ubatan. Sebaik sahaja pesakit ditetapkan untuk mencuba ubatan tertentu, peluang mereka sama ada menekan doktor mereka bagi preskripsi atau mencari doktor lain yang akan membekalkannya. Pengiklanan perubatan akan hanya menyerang mereka apabila mereka sakit dan paling mudah terjejas kepada tarikan penyembuhan yang cepat. Orang akan selalu membeli daripada farmasi, sama ada mereka mahukan vitamin, tonik, ubatan untuk menolong atau menyembuhkan ketidakhadaman, dan malah penahan sakit. Semua ini akan diiklankan dengan bebas. Mereka tidak perlu beratur untuk berjumpa doktor dan membayar caj yang lebih. Jadi adakah pengiklanan oleh profesion perubatan membantu? Atau orang ramai yang terpaksa menanggung kos yang lebih, memandangkan kos pengiklanan akan termasuk di dalam caj bayaran oleh pesakit? Terdapat banyak amalan tidak beretika lain yang akan meningkat memandangkan pegawai perubatan lebih memberikan perhatian kepada potensi membuat keuntungan daripada penjagaan kesihatan. Penjagaan kesihatan mestilah tidak dilayan seperti perniagaan. CAP sekali lagi mengulangi gesaan kepada Kementerian Kesihatan: Hentikan amalan menggalakkan pelancongan perubatan dan menangani kekurangan dalam sistem penjagaan kesihatan kita pada masa ini. Keperluan rakyat Malaysia mestilah diutamakan.

SM Mohamed Idris

Penulis adalah presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist / writer.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...