terima kasih buat kalian semua..

Friday, October 15, 2010

Warga Malaysia paling ramai kawan dalam web sosial


Rakyat Malaysia yang menggunakan rangkaian web sosial untuk berinteraksi mempunyai kawan paling ramai manakala warga Jepun paling sedikit, menurut tinjauan besar-besaran yang menilai peri laku online di seluruh dunia.

Tinjauan itu juga mendapati, 61 peratus pengguna memilih teknologi digital mengatasi saluran media lain untuk komunikasi termasuk televisyen, radio dan akhbar

Kajian itu dilakukan oleh firma penyelidikan TNS yang mewawancara 50,000 pengguna di 46 negara

Hasilnya, secara purata, warga Malaysia mempunyai 233 rakan web sosial diikuti rapat Brazil dengan 231 dan Norway, 217. Ini amat berbeza dengan Jepun yang hanya mencatat 29 dan China, 68.

“Keputusan itu menunjukkan kewujudan budaya menekankan kepada kawan yang kurang tetapi lebih rapat,” kata Ketua Pegawai Pembangunan TNS, Matthew Froggatt.

Selain memiliki rakan paling ramai, pengguna internet di Malaysia juga paling lama berinteraksi menggunakan laman sosial iaitu sembilan jam setiap minggu, diikuti dengan Russia (8.1 jam) dan Turki, 7.7 jam, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Kajian itu mendapati, pengguna juga lebih banyak menggunakan laman sosial daripada emel, sebahagiannya berpunca daripada peningkatan akses teknologi telefon bimbit.
Majalah Time mengemukakan soalan sama ada seseorang yang sosial di alam siber juga mesra di alam nyata.

Di Amerika, satu pertiga pengguna online menjangka dapat mengakses rangkaian sosial menggunakan telefon bimbit dalam tempoh 12 bulan lagi. – Agensi

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist / writer.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...