terima kasih buat kalian semua..

Monday, October 4, 2010

Woitt KTMB: ‘jangan ucap terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami’..sebaliknya ucapkanlah permohonan maaf..sesak2 ni bila nak setel????


SAYA cadangkan KTMB supaya ‘jangan ucap terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami’ tetapi ucaplah ‘minta maaf di atas kesesakan yang terpaksa tuan puan alami’. Bagi pengguna harian yang pergi dan balik kerja terutamanya pada waktu puncak, kesesakan merupakan satu masalah besar. Setiap hari, pasti ada kemarahan di dalam tren kerana kelewatan, kesesakan dan sebagainya. Apakah sebenarnya di sebalik kelemahan ini?

Sistem komuter di antara bandar yang sedia ada masih tidak sempurna dan ia ditambah pula dengan laluan lain yang memburukkan keadaan. Contohnya, Klang - Batu Caves yang kadang-kala mengganggu perjalanan dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang. Sepatutnya kemudahan awam memudahkan perjalanan, tetapi kemudahan awam ini cuma menyusahkan. Pengguna tiada pilihan dan terpaksa menggunakannya.

WAKIL PENGGUNA KOMUTER ANTARA BANDAR

Petaling Jaya

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...