terima kasih buat kalian semua..

Thursday, November 25, 2010

Anda tahu siapa wanita yang mendapat pendapatan paling tinggi????

























Oprah Winfrey dinamakan sebagai wanita yang meraih pendapatan tertinggi di Hollywood.

Hos rancangan televisyen itu mengalahkan artis seperti Beyonce Knowles, Lady Gaga dan Madonna, mengumpul AS$324 juta (RM 1.001 bilion) daripada empayar medianya, termasuk rancangan bual bicaranya sendiri dan majalah untuk mengungguli senarai dikumpul majalah Forbes.
Oprah, 56, mengumpul kekayaan lebih banyak berbanding bintang lain jika kelima-lima mereka digabungkan bersama, dengan Beyonce meraih AS$89 juta (RM275.14 juta), Britney Spears (AS$65 juta – RM200.95 juta), Lady Gaga (AS$64 juta – RM197.86 juta) dan Madonna mengumpul AS$59.9 juta (RM185.18 juta).
Pendatang baru di bawah usia 30 tahun membuat tanggapan besar dalam 10 senarai teratas, dengan Gaga mengalahkan mereka yang kekal dalam senarai iaitu Sandra Bullock, satu-satunya aktres dalam senarai dan Ellen DeGeneres.

Miley Cyrus dan Taylor Swift turut menempatkan diri dalam senarai itu, dengan hos televisyen Hakim Judy berada di tangga ke-10. – Agensi

Senarai Top 10 Wanita Hollywood yang meraih pendapatan tertinggi 2010

1. Oprah Winfrey: $324 juta (RM1.001 bilion)
2. Beyonce Knowles: $89 juta (RM275.14 juta)
3. Britney Spears: $65 juta (RM200.95 juta)
4. Lady Gaga: $64 juta (RM197.86 juta)
5. Madonna: $59.9 juta (RM185.18 juta)
6. Sandra Bullock: $59.2 juta (RM182.93 juta)
7. Ellen DeGeneres: $56 juta (RM173.04 juta)
8. Miley Cyrus: $48 juta (RM148.32 juta)
9. Taylor Swift: $46 juta (RM142.14 juta)
10. Judge Judy: $46 juta (RM142.14 juta)

1 comment:

  1. Patutle ramai pompuan Malaysia masuk AF dan ape2 je yang sewaktu dengannya. Ibu2 pun ramei gak yang menjaja anak dara ke sana sini untuk program2 ala2 zionis yang meorsak akhlak ni. Tak pulak ramei yang hebat macam Oprah. Tapi ramei yang buat pembedahan plastik, botok dab segala bagai macam demer2 dari belah sana tu. Heheheh.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...