terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, November 23, 2010

Banjir Besar: BUKAN KAMI PINTA DITIMPA MUSIBAH!!


BANJIR yang melanda Perlis telah membantutkan beberapa perancangan yang telah dibuat. Saya merupakan seorang pengurus firma kecil di Perlis. Memandangkan cuti umum diberikan sempena perayaan Depavali, saya telah merancang untuk membawa kakitangan saya berserta keluarga mereka untuk bercuti di Melaka, Kuala Lumpur dan Genting Hingland pada 3 hingga 7 November lalu. Segala persiapan dan pembayaran sewa bas dan sewa bilik kepada hotel di tiga lokasi berkenaan telah dibayar melalui ejen pelancongan.

Pada 29 Oktober lalu hujan telah mulai turun tanpa henti sehinggalah 2 November. Seluruh bandar Kangar telah banjir. Saya segera menghubungi menghubungi wakil ejen pelancongan untuk menunda percutian disebabkan rumah 7 daripada 10 keluarga yang akan pergi bercuti telah dimasuki air dan dinasihatkan untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir. Di setengah tempat bekalan elektrik telah dipotong.

Saya telah dimaklumkan oleh wakil tersebut bahawa pihak hotel tidak boleh menunda tarikh percutian itu. Saya menghubungi pihak hotel di Genting mengenai masalah ini dan mereka minta saya menulis surat.

Tetapi pihak Hotel A‘Farmosa di Melaka pula tetap mengenakan caj setiap bilik sebanyak RM90, ini bermakna saya harus membayar RM900 untuk 10 bilik.

Saya terkejut. Di dalam akhbar Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menggalakkan rakyat supaya datang melancong ke Melaka tapi kalau begini sikap pengurusan hotel di Melaka, maka saya rasa kami tidak akan ke sana. Bukan saya dan lain-lain ahli secara sengaja untuk tidak ke sana, sedangkan bayaran telah dibuat dan fahamilah kami telah ditimpa musibah.

INSAN TERANIAYA

Kangar, Perlis

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...