terima kasih buat kalian semua..

Thursday, November 25, 2010

Isteri disenarai hitam PTPTN, kadar faedah 8%!!


ISTERI saya adalah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tahun 2002 dan tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2005.

Walaupun telah mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semasa peringkat pengajian diploma, beliau tidak dapat menunggu proses yang agak panjang untuk mendapatkan biasiswa sekali lagi semasa menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Oleh itu kerana terdesak memerlukan wang untuk meneruskan pengajian, beliau memohon pinjaman PTPTN.

Pada tahun 2009, saya amat terkejut apabila nama isteri saya telah disenaraihitamkan oleh PTPTN. Kami cuba ke pejabat PTPTN di Damansara untuk membuat rayuan tetapi tidak dilayan.

Akhirnya, kami memutuskan untuk mengeluarkan wang KWSP isteri saya sebanyak lebih RM8,000 untuk membuat bayaran. Setelah selesai urusan pengeluaran wang KWSP, kami menunggu surat daripada PTPTN mengenai baki pinjaman dan pelan pembayaran bulanan. Namun surat tak kunjung tiba.

Baru-baru ini, PTPTN mengumumkan mengenai proses Pembiayaan Ujrah satu peratus. Saya sedar isteri saya tidak layak memohon kerana sudah disenaraihitam. Saya cuba menghubungi PTPTN, manalah tahu boleh membuat rayuan.

Malangnya saya dikejutkan lagi dengan satu berita. Isteri saya bukan sahaja tidak layak memohon Pembiayaan Ujrah satu peratus, malah dikenakan faedah lapan peratus setahun kerana telah disenaraihitam!

Bayangkanlah, pinjaman hanya RM21,000, setelah disenaraihitamkan meningkat menjadi lebih RM24,000. Keluarkan wang KWSP sebanyak RM8,000, hutang masih lagi lebih RM16,000. Sekarang dikenakan pula faedah sebanyak lapan peratus setahun! Sampai bila isteri saya boleh habis bayar hutang? Adakah PTPTN mahu isteri saya berhutang seumur hidup?

Jika beginilah pendekatan PTPTN supaya peminjam membayar hutang, maka ramailah lagi peminjam akan melarikan diri. Bukannya isteri saya tidak mahu bayar, tetapi kadar faedah melampau membuatkannya rasa tertekan.

SUAMI PENYAYANG

Seri Kembangan, Selangor.

7 comments:

  1. bawa isu ni ketengah sahaja, buat surat tebuka ke, mengadu kat tv3 ke, biar semua tahu.

    ReplyDelete
  2. Selepas semua tindakan yg dah Suami Penyayang buat sebagaimana saranan amir07_johor tu, kau luahkan perasaan masa PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  3. kalau tak nak bayar jangaN buat pinjaman PTPTN ramai lg orang nak pinjam mungkin esok2 anak kita nak pinjam pula. Ini masalah orang kite pinjam wang berkehendak bayar balik liat ..orang lain yg betul2 memerlukan dean hendak membayar terjejas..

    ReplyDelete
  4. Masalahnya bukan semua orang senang nak dapat kerja terus dapat bayar....macam kitorang yang duk kat pedalaman ni, bukan tak nak keje , tapi keje tak ada ...ada keje tapi nak yang pandai berbahasa cina lah...nak yang tka pakai tudung la...so what to do?nak merantau carik keje kat smjung?kos idup tinggi...kalau dpat post degree terus takperla...ni utang diploma lagi nak kene bayar...tambah lagi dgn degree....bila di bayar sikit....masih jugak ada yang tertunggak....ingatlah bukan semua orang senang ok.....

    ReplyDelete
  5. betultu....bukan liat nak bayar tetapi rata2 nya masih blm mendapat kerja jadi bagaimana nak membayar???selain itu plak ada yg bekerja dengan jawatan spm sahaja berapa bnyak la gajinya untuk wat pembayaran every month dengan kadar 150...klu bayar sebulan rm50 plk ibarat membayar kos pntadbiran saja.....lagi satu mereka kenakan 8% kpd yg ingkar,itu bukan menyenangkan si peminjam ni bayar menyusahkan lagi adalah..ini yg dinamakan Ah Long Kerajaan yg dihalalkn....sy bkn nk ckp apa,sy pon pyokong kerajaan juga tpi ada juga tindakan kerajaan yg kurang tepat kpd rakyat

    ReplyDelete
  6. Rakyat malaysia bakal menjadi golongan yang tinggi Serta berhutang tinggi.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...