terima kasih buat kalian semua..

Friday, November 5, 2010

Isu Kuota Haji: Utamakanlah jemaah kali pertama..


SAYA terpanggil untuk menghantar pendapat dalam ruangan ini selepas menonton slot Salam Baitullah di RTM1 malam kelmarin. Saya juga bersetuju dengan pendapat ‘Noosyazwan Nazri, Padang Rengas Perak’, yang tersiar dalam ruangan ini, semalam.

Dalam slot Salam Baitullah, seorang mak cik dari Kuantan, Pahang memaklumkan tahun ini adalah kali kedua dia menunaikan haji. Saya ingin bertanya bagaimana sistem diamalkan Tabung Haji bagi memilih jemaah?

Saya amat berharap Tabung Haji adil dan telus dalam hal ini. Berikan peluang menunaikan haji untuk jemaah kali pertama dulu.
Untuk makluman saya berumur 41 tahun dan mendaftar untuk menunaikan fardu haji tahun lalu. Mengikut sistem giliran Tabung Haji saya ke Makkah giliran pada 2027 ketika berumur 59 tahun.

Jika Tabung Haji menggunakan sistem sekarang tidak mustahil sampai umur 70 tahun pun belum tentu saya ke Makkah.

Harap cadangan dan pandangan masyarakat berkaitan perkara ini diambil perhatian oleh Tabung Haji.

AHMAD DAUD AB HAMID, Bukit Badong

3 comments:

  1. Saya sukung
    Keutamaan untuk yg kali-Pertama. Yang hendak kali kedua pergilah ikut pakej yg harga 19 ribu- 25 ribu tu. Yg tabung haji rega 10K tu biar yg pertama kali sahaja....

    kabin
    Bagan Sarai

    ReplyDelete
  2. betul.. aku setuju

    ReplyDelete
  3. Mari kita berlaku adil.
    1. pergi mesti ikut giliran.yang dahulu didulukan.
    2. semua tawaran haji mesti muasasah (macam beli kereta,basic kereta).
    3. lepas tu baru tawarkan yang lain takpelah hingga 1juta pun.
    4. tiada kota untuk pakage.
    5. pakage boleh buat bisnes hanya pada no 3 sahaja.

    Dengan kaedah di atas kita boleh lihat siapa yang syukur atau tidaknya.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...