terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, November 3, 2010

Kecewa sikap jururawat tidak beri layanan baik


SAYA kesal dan kecewa dengan sikap jururawat di Wad Bersalin Hospital Segamat kerana tidak menghormati ibu yang baru bersalin serta tidak memberikan layanan yang baik.

Pada pertengahan bulan lalu, saya dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak kedua dan bersyukur kerana selamat melahirkannya walaupun terpaksa menjalani pembedahan.

Sejurus selamat melahirkan bayi lelaki, saya ditempatkan di sebuah wad bersalin bersama ibu lain daripada kalangan pelbagai keturunan. Pada sebelah malamnya, salah seorang ibu yang melahirkan anak dengan cara pembedahan mengadu sakit di tempat pembedahan kepada jururawat bertugas tetapi telah dimarahi.

Bukan itu sahaja, salah seorang jururawat juga mengeluarkan kata-kata berunsur lucah dan ia menjadi bahan ketawa sekumpulan jururawat di situ.

Selain itu, dua ibu Orang Asli yang mengadu sakit turut dilemparkan dengan kata-kata menyakitkan hati. Nasib yang lebih kurang sama turut dialami sepupu saya apabila baru melahirkan bayi pada Februari lalu tetapi anaknya ditempatkan di bilik kuning kerana menghidap sakit kuning.

Menurutnya, petugas-petugas di bilik itu menjalankan tugas sambil lewa kerana apabila bayi-bayi di situ menangis, mereka mengambil masa yang lama untuk menjenguknya.

Sepupu saya yang sedang menyusukan anaknya, melihat sendiri bayi yang menangis hampir hilang suara tetapi petugas masih berbual-bual di kaunter macam tidak ada apa berlaku.

Mungkin kerana bayi-bayi berkenaan bukan anak atau ahli keluarga mereka maka keadaan tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa ada rasa kasihan atau tanggungjawab.

Keadaan dan perkembangan itu amat menyedihkan kerana kerajaan membayar gaji mereka melalui wang rakyat dan sepatutnya perbuatan tersebut tidak seharusnya berlaku.

Justeru, saya minta Kementerian Kesihatan memandang serius perkara ini.

IBU MUDA KECEWA

Segamat

6 comments:

  1. adoi...ingt kerajaan bg gaji utk jaga budak kecik tu je ke?mak die ade,buat ape?bnyk lagi keje kami nk buat la..pe ingt smbg kat kaunter tu seronok2 je ke?buat report lg..tiap pt nk update..adoi..pk lah..ingt lah beban jururawat...

    ReplyDelete
  2. Juhardi

    Karier jururawat amat membanggakan. Begitu juga dengan karier lain. Pilihan kerjaya ini dibuat oleh individu tersebut. Maka, selagi individu tersebut memegang jawatan berkenaan, hendaklah dijalankan dengan sepenuh hati. Apabila diberikan pandanagn, kritik dsb, hendaklah diambil kira dan bukan mengeluarkan alasan sebagai pelindung diri. Jika tidak berpuas hati dengan kritikan dan nasihat dll, maka berhenti dan buat kerjaya yang benar-benar menjadi pilihan kita.

    ReplyDelete
  3. salimah,
    bkn ingin menyalahkan mn2 pihak..tapi 1 sahaja soalan sy...kalau anda bekerja sebagai seorg jururawat yg dikehendaki menjaga berpuluh-puluh bayi..kalau 10 bayi menangis..xkan semua jrurawat nak pujuk memujuk..sedangkan ibu bayi berada disebelah..sy setuju dgn fiona..jrurwat mcm2 kerja yg perlu dibuat..report,fedding bby,observation bby,mandikan bby..dah terlalu byk yg jrrwt lakukan..dan ibu just dtg tgk dan menyusu..jgnla slhkan jrrwt..mf jk menyinggung mn2 phk..just my opinion..

    ReplyDelete
  4. isunya skrg bayi tue menangis di bilik berlainan.... kalau 10 bayi berada di bilik khas tue 5 bayi menangis.... katil2 ibu diluar bilik tersebut... ape la salahnya kalau jururawat tersebut panggil si ibu bayi yang menangis tue... berhenti berbual sekejap... memang tugas jururawat bnyk... tapi berbual sengan tugas, penting ke berbual tue... tugas banyak bukan satu alasan utk korang lepas diri... korang kerja shift cuba byngkn ibu 24jam jaga anak die... die pun perlu rehat jgkkn... kadang2 die pun x sedar masa tgh rehat sekejap... cube renung2kan dalam2.... jalankan tugas dengan penuh ikhlas... saya pun jururawat jgk... nasihat saya cuba jadikan aduan ini sebagai pengajaran dan cari jalan penyelesaiannya...

    ReplyDelete
  5. satu isu yang saya nak komen
    pasal isu bayi ditempatkan di bilik khas sebab demam kuning...
    isunya bayi tue menangis...
    jururawat plak berbual-bual...
    persoalanya penting ke berbual tue daripada bayi menangis...
    kalaulah ade 10 bayi disitu, katakan lah 3 orng yg menangis..
    mmg jururawat byk kerja... xkn nak pujuk... tp ambil la insiatif yg lain... panggil siibu kpd bayi yg menangis tue... jururawat hanya berkerja 3 shift... ibu tue jaga anak die 24jam... cube fikir die letih ke x? andai kata die terlelap.... wajar ker bagi bayi tue menangis sampai xde suara? renungkan dalam2 dulu... andai kata bayi tue anak kita dan kita sbg ibunya... tentu kita marah... cuba jadikan aduan ini sebagai pengajaran dan cuba cari jalan penyelesaian agar kita dapat baiki kelemahan diri sendiri... jalankan tanggungjawab diberi dengan ikhlas... bkn semata2 kerja nak dapat gaji... kalau ikhlas gaji dan pahala Allah beri... saya pun jururawat juga... think positive!!!

    ReplyDelete
  6. kepada jururawat yg merungut ttg beban tugas, kalau rasa tak mampu nak pikul, tukar profession... jadi sekretari ker, kerani ker atau apa saja... dari pengalaman sendiri, sy hampir kehilangan anak akibat sikap sombong bongkak nurse dan staff nurse di sebuah hospital bersalin yg begitu gah nama nya, mulutnya sangat celupar bila di tegur (berpengalaman lah katakan)... dan bila di tegur oleh doctor, tak mengaku, mulut macam bertih jagung... nyaris sy tak tumbuk muka staff nurse tu... sepanjang memerhati kan mereka menjaga bayi semasa menunggu isteri bersalin, terus terang sy kata agak kasar... tepuk sendawa kan bayi selepas menyusu bagai menepuk bantal, mcm nak gugur jantung bayi tu... bayi2 yg di bilik (lain dari bilik wad ibu) begitu galak menangis, sedang kan staff2 di kaunter selamber sakan berborak bertepuk bertampar... sehingga di tegur pelawat di situ, baru nak pegi tgk dgn muka mencuka dan jelingan sinis... meskipun begitu ada juga nurse yg begitu tekun menjalankan tugas... ingatlah, jururawat satu tugas yg mulia... tapi kecuaian kita menjalankan mungkin akan menyebabkan kesengsaraan pada org lain seumur hidup... sikap yg tidak professional anda tunjukkan hanya mencemar nama baik institusi perubatan itu tempat anda mencari sesuap nasi... sekadar pengalaman...

    Jeff

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...