terima kasih buat kalian semua..

Thursday, November 11, 2010

Kes Pancut Awal: Demi kepuasan batin suami isteri..(bacaan 18sx)


DALAM satu perbualan antara para isteri di pejabat, seorang sahabat pernah mengadu merajuk dengan suaminya kerana terlalu cepat mencapai ejakulasi ketika mereka melakukan hubungan seks. Walaupun ada yang tersenyum mendengar cerita tersebut namun ia sebenarnya satu isu yang perlu diambil serius.

Hubungan intim bukan satu isu yang boleh dianggap remeh. Kepuasan kedua-dua pihak amat penting demi kemanisan rumah tangga.

Usah bersikap tabu atau memandang ia sebagai satu perkara negatif kerana apa yang akan diperbincangkan ini sebenarnya lebih kepada konsep ilmiah.

Ejakulasi pramatang (PE) atau bahasa yang lebih mudahnya pancut awal mungkin bukan satu masalah besar bagi penghidapnya. Tetapi ia sebenarnya menggugat kebahagiaan suami isteri.

Pasangan yang menghadapi masalah ini dikatakan akan mengalami ketidakpuasan.

Memang tidak dapat dinafikan hubungan seks suami isteri memberikan banyak manfaat terutamanya dari aspek psikologi serta kesejahteraan minda dan fizikal. Namun ia boleh bertukar menjadi sebaliknya jika kepuasan yang diraih hanya sekejap dan hanya sebelah pihak yang merasai nikmatnya.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Asia Pacific Premature Ejaculation Prevalence and Attitude Study (AP PEPA) mendapati 29 peratus lelaki Malaysia mengalami PE.

Kaji selidik tersebut telah dijalankan kepada 5,000 lelaki heteroseksual (lelaki normal) berusia dari 18 hingga 65 tahun. Kajian ini menemukan bukti bahawa kesedaran mereka tentang penyakit ini juga amat rendah.

Sebanyak 10 negara di sekitar Asia Pasifik termasuk di Australia, New Zealand, China, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Thailand dan Filipina terlibat dalam kaji selidik ini.

Bagi responden yang terlibat berpendapat tidak perlu untuk berbincang tentang masalah tersebut (PE) dan hanya membiarkan perasaan tertekan dan kecewa berlalu begitu sahaja.

Pakar Urologi, Datuk Dr. Tan Hui Meng berkata, PE adalah penyakit yang amat kerap berlaku namun terlalu sedikit pemahamannya di kalangan lelaki.

"Boleh dikatakan 20 hingga 30 peratus lelaki pernah mengalami PE dalam hidup mereka. PE bukanlah penyakit orang dewasa sahaja, ia sebenarnya berlaku kepada lelaki pada semua peringkat usia," ujarnya pada sidang akhbar pelancaran Priligy oleh Janssen-Cilag di Hoten Hilton, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Persatuan Perubatan Seksual Antarabangsa menghuraikan PE sebagai kecelaruan seksual lelaki yang diperkuatkan dengan beberapa kriteria seperti:

n Pancutan yang berlaku dalam masa seminit atau kurang selepas masuk ke dalam vagina.

n Langsung tidak mampu mengawal pancutan dengan cepat setiap kali hendak atau masuk ke dalam vagina.

n Menyebabkan perlakuan negatif seperti stres, kekecewaan ataupun terus mengelak melakukan hubungan seks.

"Lelaki yang mengalami PE ini biasanya diiringi sifat seperti cepat marah, sering lemah semangat, cepat kecewa dan kurang keyakinan diri kerana tidak menguasai sesuatu hubungan seks tersebut.

"PE bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pesakit itu malah pasangan mereka juga.

"Untuk pertama kalinya pesakit yang menderita PE ini kini boleh mencuba ubat-ubatan untuk merawat masalah ini.

"Rawatan ini merupakan satu pencapaian terbaru untuk kesihatan seksual dan kami amat berbangga ia tersedia untuk lelaki Malaysia hari ini," ujar Hui Meng yang juga Presiden Persatuan Andrologi dan Kajian Lelaki Berusia Malaysia.

Doktor bertauliah yang merawat pesakit PE ini akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan masalah mereka yang merupakan prosedur biasa untuk membantu pihak doktor memahami sejarah seksual dan keadaan yang berkaitan dengan permasalahan yang dialami mereka.

Doktor juga akan menggunakan peralatan diagnostik untuk PE yang mana pesakit dikehendaki menjawab lima soalan kaji selidik yang akan menentukan sama ada mereka benar-benar mengalami PE.

"Umum mengetahui PE disebabkan oleh faktor psikologi seperti rendah diri, tekanan dan kemurungan. Dalam satu kajian perubatan pula ia disebabkan oleh ketidakseimbangan kimia dalam otak yang mengawal pancutan ketika hubungan seks mencapai kemuncak," jelasnya.

Priligy adalah ubat yang boleh menangani masalah itu. Ia boleh dimakan satu hingga tiga jam sebelum memulakan hubungan seks.

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

2 comments:

  1. ada ubatnya

    cardio exercise..menguatkan otot

    ReplyDelete
  2. SIMON FREUD ada latihan untuk PE..stop n go tecnique.Memerlukan kerjasama pasangan.Sila tanya pada Doktor anda.. dpd Manjoiman

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...