terima kasih buat kalian semua..

Friday, November 26, 2010

Pantau bengkel-bengkel kereta tipu pelanggan!!


BARU-BARU ini saya telah menghantar kenderaan di sebuah bengkel kereta di Desa Pandan, Kuala Lumpur untuk memperbaiki beberapa kerosakan yang kerap berlaku kebelakangan ini. Dua bulan lepas, saya ada membaiki kereta saya di Taman Nirwana, Ampang tetapi pada hari tersebut bengkel di Taman Nirwana tutup lalu saya menghantar kereta ke Desa Pandan.

Dengan mengambil masa yang agak singkat, pekerja bengkel tersebut terus menyatakan kerosakan yang dialami. Yang memeranjatkan saya ialah kerosakan itu adalah yang sama dengan yang telah saya baiki di bengkel Taman Nirwana sebelum ini.

Ditambah lagi dengan beberapa kerosakan yang saya rasa boleh dibaiki namun pekerja tersebut terus mencadangkan untuk ditukar. Katanya lebih senang tukar daripada dibaiki kerana takut rosak semula.

Apabila ditanyakan harganya, saya sekali lagi terperanjat kerana ia lebih mahal hampir 30 peratus daripada bengkel di Taman Nirwana sedangkan produk dan barang yang hendak ditukar adalah sama jenamanya.

Yang menjadi persoalan saya, apakah bengkel membaiki kereta di Taman Nirwana telah memasang dan memberikan produk yang bukan asli pada harga yang murah ataupun bengkel di Desa Pandan memberikan harga yang tinggi kepada produk yang sama?

Tujuan saya lontarkan pandangan ini ialah kenapa saya masih lagi tertipu dengan bengkel-bengkel membaiki kereta? Malah, kerap sangat tertipu dengan bayaran perkhidmatan yang dikenakan, yang kadang kala tidak munasabah harganya namun ia masih dibayar kerana saya harus menggunakan kenderaan tersebut untuk bekerja.

Saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang ditipu oleh 'peniaga terhormat' ini, mungkin ramai lagi pengguna yang kurang pengetahuan mengenai pembaikan kereta, ditipu ketika berurusan dengan bengkel kereta ini terutamanya di sekitar Kuala Lumpur.

Kerajaan harus berbuat sesuatu dan bertindak segera dalam menjaga kepentingan dan hak-hak rakyat serta pengguna kenderaan daripada terus ditipu oleh peniaga-peniaga yang tidak berhati perut.

Bagaimana kerajaan hendak memastikan kereta di jalan raya berada dalam keadaan baik agar ia dapat mengurangkan kemalangan jika masih terdapat bengkel-bengkel membaiki kenderaan yang mengenakan bayaran yang terlampau tinggi dengan kualiti barangan yang belum tentu terjamin ketahanannya.

Malah, saya tidak hairan jika berlaku kemalangan secara tiba-tiba, mungkin kerana enjin ataupun brek kenderaan tidak berfungsi dengan baik. Bagi pemandu yang mahir sekalipun pasti akan panik, bagaimana pula dengan pemandu yang kurang mahir atau tidak bersedia untuk menghadapi kemalangan?

Jika kemalangan itu berlaku atas sifat kesilapan mekanik kereta dan kebetulan mangsa cuma mengalami kecederaan kecil, maka bolehlah dia mengadu atau membuat pemeriksaan teliti terhadap keadaan kenderaannya. Pemandu atau pemilik kenderaan itu juga boleh membuat aduan mengenai kesilapan manusia yang tidak membaiki atau membekalkan alat ganti yang tidak berfungsi dengan baik.

Bagaimana pula jika mangsa kemalangan tersebut meninggal dunia? Tidak siapa tahu punca kemalangan itu boleh berlaku walaupun sebab-sebab kemalangan tersebut mungkin kerana kelalaian pembekal alat ganti kenderaan yang tidak menghantar produk atau jenama yang tahan lasak atau kesilapan mekanik yang tidak memasang semula eksesori kenderaan dengan betul.

Oleh itu, siapakah yang hendak pastikan setiap pengguna kenderaan ini dibela?

Kebelakangan ini, sering kali kita terbaca mengenai kes-kes kemalangan yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa, yang berpunca daripada pemasangan alat ganti yang tidak berkualiti dan tidak tahan lama sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.

Berapa banyak lagikah kemalangan yang harus berlaku yang tidak ketahuan puncanya (selain dari kesilapan sendiri atau berlumba) yang akan mengakibatkan kerajaan kerugian berjuta ringgit dan keluarga yang kehilangan tempat bergantung, ibu bapa yang kehilangan anaknya ?

Apakah tindakan kerajaan, selain memberi 'kempen kesedaran,' membuat pelbagai sekatan jalan raya namun jumlah kemalangan masih juga tinggi?

Apakah kerajaan hendak nafikan bahawa punca-punca kemalangan adalah daripada kesilapan bengkel-bengkel kereta yang tidak bertanggungjawab dan hanya mencari keuntungan semata-mata?

Bertindaklah sekarang sebelum nyawa kita melayang 'kerana' sikap tidak bertanggungjawab bengkel-bengkel kereta ini.

Ghazali Simpol,

Kuala Lumpur.

3 comments:

  1. saya pun pernah kena dengan bengkel kereta melayu pulak tu...tukar clutch plate terpakai punya tapi claim harga baru pakai 2 bulan kena tukar balik clutch plate...hampeh jer

    ReplyDelete
  2. Aku lagi teruk.....smlm aku check saman polis. Terkejut dibuatnya, saman aku RM5830.00. Kerajaan melalui polis dan agensi lain mula menindas rakyat dgn cara saman kenderaan di jalanraya. Jgn diharap kerajaan nak tolong pantau habis duit pasal kereta ni....kerajaan pun sama aje...hampehh..!!

    ReplyDelete
  3. Saya pakai kereta proton exora. Tak tau lgi sbb baru beli. Rasanya pakai kereta malaysia lagi selamat sb alatgnti murah dn rmai orang pakai.payah skit nk tipu.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...