terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, November 16, 2010

Peluang kenaikan pangkat kurang walaupun dah sambung belajar!!


SUKA saya mengulas cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menganjurkan pendidikan sepanjang hayat ke atas seluruh warga. Dengan cara ini, keperluan guna tenaga manusia akan menjadi lebih baik, berkualiti selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjana ekonomi berpendapatan tinggi sesuai dengan keputusan peperiksaan atau sijil kelayakan profesional.

Pun begitu, di manakah pula peluang kepada mereka yang menyambung pengajian ini pada akhirnya? Suka saya memaklumkan bahawa saya antara sebahagian daripada kakitangan yang sudah berkhidmat atau bekerja dan menyambung pengajian secara separuh masa untuk meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan saya sebelum ini

Dengan mengambil kursus separuh masa, pelbagai dugaan dan pengorbanan terpaksa dibuat demi menggenggam sijil yang lebih tinggi bahkan yang terbaik dalam disiplin ilmu.
Tetapi sehingga kini, peluang kenaikan pangkat, atau setidak-tidaknya untuk mencari pekerjaan yang baru dan mempunyai gaji serta peluang yang lebih baik tidak semudah kata-kata.

Ada di kalangan kami tidak dapat meningkatkan kerjaya hanya kerana syarikat tidak mampu membayar gaji yang tinggi atau berbaloi kerana mempunyai pengalaman kerja dan sijil yang telah dipertingkatkan.

Mereka lebih rela mengambil graduan muda dan boleh membayar gaji yang lebih rendah yang boleh didapati dengan mudah di pasaran kerja.

Baru-baru ini, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa tidak ramai graduan menganggur di pasaran kerja. Kenyataan daripada seorang Timbalan Menteri itu dilihat amat umum serta tidak menyeluruh.
Bagi graduan ini, asalkan dapat bekerja dan membayar bil serta pinjaman pendidikan sudah cukup berbanding kelulusan dan sijil yang mereka genggam.

Bukan semua tenaga kerja peringkat rendah itu lepasan SPM, malah ada yang mempunyai diploma bahkan ijazah sekalipun demi meneruskan peningkatan hidup yang kian mendesak ini.

Oleh itu, kajian, cadangan dan pelan penambahbaikan perlulah dibuat dan dirancang dengan baik dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan agar semua usaha murni ini pada akhirnya melahirkan satu masyarakat maju dan berpendapatan tinggi sesuai dengan hasrat dan aspirasi kerajaan.

Kajian lapangan serta pelan menyeluruh perlulah disediakan dan dibuat dengan lebih mendalam sebelum berhujah dengan begitu retorik hendaklah difikirkan terlebih dulu.

FAIZAL MUHD FAXEL WEL,
Petaling Jaya

1 comment:

  1. Ini semua mainan pemimpin UMNO untuk memperbodohkan rakyat. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pun pernah istihar akan memberikan kenaikan gred kepada pegeawai perkhidmatan pelajaran / guru yang mempunyai kelayakan PhD pada pelancaran Hari Guru kebangsaan 2010 mei lepas. Sampai sekarang habuk pun takde. Setakat istihar saja.la. Rasanya dah cukup la TPM yang suka istihar ni selepas TPM yang dari melaka dulu..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...