terima kasih buat kalian semua..

Monday, November 8, 2010

Pengalaman Diserbu pencegah maksiat..


Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman ini bersama pembaca. Semoga kita mendapat sedikit pandangan dan menjadi bahan renungan bersama.'' Demikian cerita Junhanisah dalam emelnya.

''Saya seorang kontraktor kecil. Kerja-kerja yang kerap saya lakukan termasuklah lanskap. Bermula dari kerja menanam rumput, pokok buah dan pokok bunga, membawa kepada kerja-kerja simen dan kayu, termasuklah membuat kolam hiasan, kolam ikan dan perabut taman.

''Tahun ini merupakan tahun ke-20 saya menguruskan syarikat ini. Sebenarnya saya banyak bergantung kepada suami sebagai tulang belakang dan body guard terutama jika saya terpaksa membuat kerja-kerja di luar daerah dari tempat saya tinggal.

''Sekarang saya menjalankan kerja-kerja landskap untuk sebuah kilang kelapa sawit. Kilang ini dikendalikan oleh sebuah syarikat gergasi yang amat terkenal di negara kita.

''Saya memang kerap datang ke daerah itu untuk membuat persiapan landskap. Oleh kerana saya dari Perak, amat jauh dari Negeri Sembilan maka saya terpaksa bermalam di hotel berhampiran dengan kilang kelapa sawit tempat saya menjalankan kerja landskap.

''Pada penghujung bulan lepas, saya bersama suami dan dua pekerja kami (orang Bangladesh) ke daerah itu untuk memulakan kerja-kerja penyediaan tapak.

''Pihak kilang menyediakan sebuah kabin yang agak selesa untuk kami gunakan sepanjang masa menjalankan kerja di sini. Oleh kerana masalah kemudahan air di sini, maka saya memutuskan untuk tinggal di hotel yang agak selesa kawasan berhampiran.

''Sebabnya pertama untuk memudahkan kami membersihkan diri apabila selesai kerja, kedua senang untuk berulang alik ke tapak projek dan, ketiga demi menjimatkan kos. Tetapi lebih utama siapa boleh tahan kalau berkerja dan tidur dalam keadaan agak kotor maklum kerja dengan tanah dan sebagainya.

''Memang saya pun risau bila pulang ke hotel, kerana kami perhatikan pihak kakitangan hotel memandang serong keadaan pakaian kami yang kotor dan berselut, sudah pasti mereka tidak selesa. Takut kami kotorkan perabut mereka.

''Bila balik badan terasa penat dan keletihan, kalau boleh kami mahu segera rehat, keadaan begini membuatkan kami tidur walaupun malam masih muda.

''Nak jadikan cerita satu malam sedang saya tidur pintu bilik hotel diketuk dengan kuat. Oleh kerana terkejut dalam dalam keadaan pisat-pisat, suami saya mengambil masa beberapa saat untuk membuka pintu.

''Saya juga terkejut dan tergamam. Kerana tak pernah kami dikejutkan malam-malam begitu. Nasib baik saya lengkap berpakaian. Di muka pintu bilik hotel berdiri lapan lelaki Melayu dan seorang wanita comel dan genit.

''Mereka lantas kenalkan diri sebagai pegawai dari pejabat agama Islam daerah itu dan meminta pengesahan taraf perkahwinan kami. Macam-macam mereka minta untuk membuktikan bahawa kami suami isteri.

''Saya bukan gadis muda belia. Saya sudah berumur 48 tahun dan ke hulu ke hilir pun saya tetap bertudung lengkap sebagai perempuan Islam. Jadi janganlah memalukan kami dalam keadaan begini.

''Oleh kerana kami datang bekerja, apalah bukti yang kami boleh buktikan bahawa kami sudah berkahwin selama 25 tahun?

''Saya beranikan diri memberitahu kami ada tiga orang anak sedang menuntut di universiti. Mereka tak percaya dan tidak berpuas hati malah mereka enggan beredar sebaliknya terus berdiri menunggu pengesahan lain.

''Apa lagi bukti yang kami ada, nasib baik terlintas di fikiran saya untuk menelefon anak perempuan saya di universiti. Ketika itu jam 2 pagi, nak telefon mereka yang sedang tidur bukan senang nak bangun, maklum.

''Akhirnya anak perempuan sulung saya menjawab telefon. Untuk membuktikan kepada pegawai tadi saya minta mereka bercakap dengan anak saya.

''Banyaklah soalan dikemukakan sebagai bukti kepada anak saya, seperti siapa nama emak bapak, mana rumah, siapa nama nenek dan datuk mereka, iaitu nama emak dan ayah saya. Termasuklah suami saya sekali.

''Setelah puas hati, barulah mereka beredar. Semenjak jadi kontraktor ini, saya yang dulu lembut, sudah pandai naik darah. Tapi saya tak marah mereka, elok juga mereka pantau pekan-pekan kecil supaya tidak ada perbuatan maksiat berleluasa.

''Esok paginya, pekerja Bangla kami mengadu, bilik mereka pun diketuk. Tanpa buka pintu, mereka mengintai dari lubang kecil dan terlihat orang bersongkok. Mereka beritahu pekerja saya supaya beri sedikit sumbangan wang untuk diberikan kepada keluarga Islam yang miskin. Mereka kata tidak ada wang dan orang itu berlalu pergi.

''Cerita seperti ini memang mengganggu fikiran saya. Adakah patut kerja seperti itu dilakukan oleh orang dari pejabat agama Islam? Saya seperti tidak percaya. Amat memalukan. Apa pandangan pembaca adakah mereka benar-benar dari Pejabat Agama Islam atau menyamar. Namun pihak pejabat agama Islam harus pantau.'' Demikian cerita Junhanisah tentang pengalaman yang dilaluinya.

Kerja memantau perbuatan maksiat memang baik, tetapi biarlah datang dari pihak yang benar-benar berkuasa supaya nama baik agama Islam tidak disalahkan. Takut ada yang suka ambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. - UM

7 comments:

  1. Keadaan sekarang dah jadi terbalik..bukan setakat pau duit,malah ada kakitanagn pejabat agama yang masuk disco,tunggang arak dengan bini..apa nak jadi daaa dengan orang pejabat agama ni

    ReplyDelete
  2. Ingin saya menyumbangkan buah fikiran. Adanya baiknya kita ada kenalan peguam atau polis. Seandainya berlaku kes demikian,mereka boleh menjadi jurucakap mewakili diri anda kerana penguatkuasa Agama akan menggunakan segala keegoan dan berlagak dengan bersandarkan jabatan masing2. Terlalu banyak kes begini berlaku dan berakhir dengan membazirkan masa. Namun mereka selalu akan kecut perut jika anda menghubungi orang2 yang berpengaruh. Berani kerana benar. Sekiranya tiada sabitan kesalahan kes ini tutup begitu saja dan kerugian hanya berpihak kepada anda semata2. Adalah baik anda mendapatkan senarai penguatkuasa yang bertanggungjawab atas tangkapan kerana andaikata ada kehilangan atau kerosakan atau kecederaan,mereka layak didakwa. Sekirannya mereka yang terlibat tidak mahu bekerjasama sila buat laporan polis dan segera merujuk kepada peguam. Sila tuntut segala kerugian anda kerana ini akan membuat penguatkuasa lebih berhemah dan mutu perkhidmatan mereka akan lebih cemerlang. Pastikan tiada sogokkan diberi kerana ini hanya memakan diri anda sendiri nanti. Bertenang dan bertindak dengan professional. Saya hanya berharap tiada kerugian dipihak anda dan maruah anda terpelihara. Insya allah. Amin.

    ReplyDelete
  3. lebihh baikkk pegawai agama dok jew kt umah jge anak bini n jgn ggu hal org lain...lebih baik dan lebih mudah....kpada yg buat mksiat tuh biarkan jew diorg...dosa diorg tggung bkan pegawai agme...lain la klau pgawai agme tuh nmpak depan mte mksiat berlaku...nie pegi cri dlm hotel..stiap bilik hotel lak tuh...aduhh pegawai agame nie memg dah xdew kje lain dah kew

    ReplyDelete
  4. boleh I tanya.. actually i chinese, i ada boy friend malay... i mahu tahu... hotel 3 bintang clear tak untuk couple bermalam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. better hotel bajet la.murah.recomended! area ttwangsa.line clear..

      Delete
    2. better hotel bajet la,jimat, area titiwangsa recommended line clear..i dah try

      Delete
  5. kahkahkahkah..... sapa suka buat maksiat pasti akan rasa marah... kan kan kan

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...