terima kasih buat kalian semua..

Monday, November 1, 2010

Perbaiki perkhidmatan komuter untuk keselesaan penumpang


SAYA ingin membuat aduan dan ingin mendapat penjelasan daripada pihak bertanggungjawab mengenai perkhidmatan tren komuter. Bagi saya, ia adalah satu perkhidmatan yang diberikan kepada penumpang yang ingin ke sesuatu destinasi yang dituju dengan selesa, cepat dan berpuas hati dengan tambang yang dibayar. Tetapi bagi saya perkhidmatan komuter ini masih lagi perlu diperbaiki. Antaranya sebabnya:

n Waktu tren sampai yang tidak tepat melalui pengumuman daripada pembesar suara. Juga waktu ketibaan tren yang tidak tepat ke sesuatu destinasi melalui waktu digital yang terdapat di setiap stesen. Ada kalanya waktu digital tidak berfungsi dan menyukarkan pengguna yang ingin tahu waktu tren berlepas dan sampai.

n Kekerapan waktu tren sampai selepas sesebuah tren berlepas agak lama. Jadi penumpang terpaksa menunggu lama. Sudahlah begitu, jumlah gerabak bagi sesebuah tren tidak mencukupi bagi menampung penumpang waktu puncak serta hari Sabtu dan Ahad.

n Koc khas wanita, bagi saya tiada gunanya. Tujuannya untuk penumpang wanita sahaja di dalam gerabak tersebut. Tetapi jika gerabak tersebut penuh, masih terdapat penumpang wanita ke gerabak lain yang sudah pastinya penuh dengan penumpang lain. Jadi daripada segi menjamin keselamatan wanita, tiada gunanya jikalau bersama-sama dengan penumpang lelaki lain di dalam sesuatu gerabak.

n Pendingin hawa yang ada kalanya tidak berfungsi dengan baik di dalam sesebuah gerabak. Masalah ini kerap berlaku apabila penumpang terlalu padat di dalam sesebuah gerabak. Ini amat tidak selesa bagi kami, sudahlah di dalam keadaan yang sempit. Pernah terjadi beberapa orang penumpang pengsan di dalam gerabak memandangkan pengaliran udara tidak berfungsi dengan baik.

n Pemandu tidak membuat pengumuman apabila tiba di sesuatu stesen dan adakalanya tidak dengar. Masalah bagi penumpang ialah apabila waktu malam. Keadaan di setiap stesen terang tetapi penumpang tidak nampak dengan jelas nama stesen memandangkan papan tanda yang ada lampu di setiap stesen tidak berfungsi. Ini amat menyukarkan penumpang yang ingin turun di sesuatu destinasi.

n Perbanyakan jumlah kerusi untuk penumpang duduk menunggu, khususnya bagi setiap stesen yang mempunyai jumlah penumpang yang ramai. Di samping itu, ada sesetengah stesen memiliki kipas di bahagian menunggu penumpang manakala sesetengahnya tiada.

n Wujudkan lebih banyak kemudahan, khususnya di stesen yang sedang dalam penambahbaikan dan juga yang telah siap, antaranya kemudahan lift dan kawasan menunggu berbumbung. Dengan adanya kemudahan ini, maka penumpang akan terus setia menggunakan perkhidmatan komuter.

Shah

Negeri Sembilan



* The views expressed here are the personal opinion of the writer.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...