terima kasih buat kalian semua..

Friday, November 12, 2010

Solat berjemaah bagi wanita..bolehkah imam wanita kuatkan suara??


SAYA hendak bertanya perihal solat bagi jemaah wanita yang berimamkan wanita, pada waktu Maghrib, Subuh dan Isyak adakah kita baca al-Fatihah setelah selesai imam baca al-Fatihah atau kita baca al-Fatihah serentak? Saya musykil sebab kaum perempuan baca secara perlahan di dalam sembahyang. Kita mungkin tidak mendengar imam perempuan membaca al-Fatihah. Atau bolehkah imam perempuan menguatkan suara di dalam sembahyang supaya boleh di dengar makmum?

Jawapan

Imam perempuan boleh kuatkan suara tapi tidak dengan nada yang nyaring malahan untuk didengari oleh para jemaah wanita sahaja. Keadaan ini berbeza dengan solat jemaah yang diimamkan oleh orang lelaki.

Imam bagi jemaah lelaki adalah dituntut supaya membaca dengan nyaring di dalam solat-solat yang dibaca dengan nyaring.

Sekiranya solat yang ditunaikan bersama imam wanita adalah solat-solat yang menuntut bacaan jahr (kuat) maka makmum daripada kalangan wanita hendaklah menunggu sehingga imam selesai membaca surah al-Fatihah.

Apabila kaum wanita melaksanakan solat berjemaah yang diimami oleh seorang wanita maka sebahagian ulama memandang baik, hal ini berdasarkan beberapa riwayat di antaranya riwayat daripada Raithah Al-Hanafiyah: "Bahawasanya Aisyah r.h.a pernah mengimami wanita pada salah satu solat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka" (HR. Daraquthni).

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.h: "Bahawasanya beliau (Ummu Salamah, isteri Nabi SAW) mengimami para wanita; beliau berdiri di tengah (shaf)" (HR. Abdur Razzaq dan Al Baihaqi).

Berkata Syeikh Jibrin hafizahullah: "Ada pun solat berjemaah bagi wanita maka hal tersebut tidak mengapa dan bagi wanita yang memimpin solat tersebut berdiri di saf makmum, namun mereka tidak mendapatkan keutamaan solat berjemaah sebagaimana yang diperoleh oleh kaum lelaki yang melaksanakan di masjid, dan tidak dibenarkan bagi seorang lelaki untuk meninggalkan solat berjemaah di masjid dengan alasan akan melaksanakannya secara berjemaah di rumahnya bersama-sama dengan keluarga atau kaum wanita kerana mendatangi masjid untuk melaksanakan solat fardu adalah sangat dituntut bagi lelaki." (Lihat Fatawa Islamiyah 1:363) - UM

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...